BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


Wednesday, October 16, 2013

Mama Saya Hebat !

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selamat hari raya Aidiladha semorang !!!
Semoga melalui sambutan ini kita semua dapat terus menghayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail as, seterusnya mendorong kita untuk terus melakukan pengorbanan demi kepentingan agama kita, Islam.

Alhamdulillah, siang tadi sempat balik ke kampung kat Alor Star, sempat la makan beberapa pinggan nasi berlaukkan daging korban.
Dah kenyang sangat, sampai tak terasa nak buat apa-apa.
Patut la kita disuruh berhenti makan sebelum kenyang. Kalau dah kenyang, kemalasan memang akan menguasai diri.

Dah habis beraya, kesempatan ini kami ambil untuk eratkan hubungan kekeluargaan.
Dan selalunya, hubungan sesebuah keluarga itu akan lebih rapat ketika melakukan aktiviti yang mereka sukai.
Jadi, memandangkan kami tersangatlah suka makan, kami mengambil keputusan untuk singgah di Pizza Hut semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari kampung.
Perut yang penuh dengan daging korban tadi dah kosong kembali. :D

Sampai situ, mata aku terpandangkan salah satu meja berdekatan kaunter. 2 lelaki 2 perempuan.
Maaf, aku memang cepat berasa tidak senang dengan sesuatu keadaan.
Dan sejujurnya, aku tak suka melihat keadaan mereka.
Walaupun aku tidak mengenali mereka. Tapi hati aku mengutuk mereka. Itu perangai buruk aku. Maaf.

Kebetulan terdapat meja kosong di belakang mereka. Aku mengambil tempat membelakangkan mereka. Tak mahu menambahkan kebencian terhadap orang yang aku langsung tak kenali.
Mama dan Anas mengadap mereka.
Kebanyakan masa di situ, Anas hanya tunduk, bermain handphone.
Mama akhirnya bersuara, menyuruh Syuhada cepat habiskan makanan. Sakit mata katanya.
Dalam bahasa mudahnya, budak-budak meja belakang tu tengah buat wayang.

Dah nak balik, lalu lah kami kat sebelah meja mereka. Terdengar kata-kata kurang enak menegur aku dan kakak. Kami sabar.
Kalau diikutkan perangai aku yang agak panas baran, mungkin aku akan berhenti dan menjawab sepatah dua. Nasib baik tahap keimanan aku terus menebal.
Si jejaka yang prihatin mengambil kesempatan menasihati mama untuk jaga kami elok-elok.
Awwhhhhhh :')

Insyaallah, mama dah jaga kami elok-elok.

Mama dengan tenang, cool dan steady nya berkata kepada gadis-gadis di situ "Ingat mak bapak ye. Kesian mak bapak. Kalau tak kahwin nanti, hampa jugak yang rugi."

Nahhhhh ! Kalau aku jadi gadis-gadis tu, mau guling-guling nangis. Sentap.

Mama, bila berkata-kata. Bahasanya mudah. Mesejnya ringkas.

Saya bangga punya ibu seperti mama saya. Pedulikan kata-kata orang. Asalkan kita tahu apa yang kita buat itu betul. Sekian, wassalam.


Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: