Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Jap jap nak check bila post terakhir,
it was on April.
Wow ! Almost three months tak update blog ku yang tercinta ini.
Sesungguhnya ku masih menyayangimu seperti dulu.
*kiss laptop screen*
Hahaha mengarut ahhh !!
Sooo... I was away for almost three months sebab terpaksa pergi berkhidmat untuk negara.
Gituuu
Now look at this.
Kompeni Delta Kem PLKN Rimba Taqwa, Sik Kumpulan 2 Siri 10/2013 |
Percayalahhhh~ Dah seminggu pun habis latihan sebenarnya.
Hari Jumaat hari tu semua dah pakat-pakat balik rumah masing-masing.
Alhamdulillah. Muka-muka ni berjaya join semua aktiviti and tamatkan latihan dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.
Awal-awal masuk, kompeni kami ada la dalam lebih kurang 100 orang. Last sekali tinggal about 50 orang ja kalau tak salah.
Yang lain tu semua keluar awal sebab nak sambung study.
They left for something better. There's nothing else I can say, eh, eh~
Aku tak rasa macam nak cerita satu-satu aktiviti yang aku join sepanjang kat kem tu. Sebab aktivitinya maha banyak !
What can I conclude from this national service is that, rugi sapa yang cari alasan untuk dikecualikan daripada ikut program ni, seriously !
Dah nama pun khidmat negara, so semua aktiviti yang dijalankan, for me, ada objektif yang sangat jelas.
Semuanya nak jadikan kita a better citizen.
KALAU kita praktikkan semua yang dipelajari dalam aktiviti-aktiviti tu in our real life lah.
Frankly speaking, sebelum aku masuk kem lagi, aku dah excited tentang satu benda.
Aku terfikir, dalam kem-kem yang macam ni, waktu solatnya mesti sangat terjaga.
And yes aku betul. Semua orang akan get ready dalam surau few minutes before masuk waktu.
Anddddd boleh dikira dengan sebelah tangan ja berapa kali aku sembahyang sendiri kat sana.
Lain, semua berjemaah.
Most exciting part is that, sementara tunggu waktu solat (selalunya waktu Maghrib and Isyak) surau tu akan bergema dengan alunan zikir dan selawat. Masya-Allah.
Sangat tak sia-sia waktu kami kat dalam surau tu.
Walaupun surau agak panas, tapi bila lidah dah basah dengan zikrullah, tak kisah sangat pun dengan bahang dalam tu.
Kawan-kawan kat sana pun sangatlah awesome !
Walaupun kenal tak sampai 3 bulan, tapi kami punya hubungan dah macam adik beradik.
Ya la, tidur, makan, mandi, jalan, semuanya buat sama-sama.
Tak tipu la, memang sedih gila hari nak berpisah dengan semua kawan-kawan kat situ.
Sorang-sorang aku hantar naik bas. Sebabnya aku balik dengan parents, so lambat sikit.
Yes, memang aku gelak-gelak masa hantar semua orang naik bas, tapi dalam hati Allah ja yang tau.
Mesti susah dah nak jumpa lepas ni.
Tak kisah la kalau tak selalu contact dah pun lepas ni, mesti masing-masing sibuk dengan hal sendiri.
Yang paling penting, PLKN is one of my best memories ever, and I will never ever forget the people I met there ^_^
0 Kepochi:
Post a Comment