Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
*sapu blog yang telah lama ditinggalkan*
Hehehehe. Poyonya -__-
Maaf lah, semenjak dua menjak di sibuk sikit, tak sempat nak update blog.
Lebih suka memerhati blog kepunyaan orang lain daripada blog sendiri kadang-kadang.
Alhamdulillah, sekarang dalam suasana hari raya YAYYY !!!
Walaupun raya cina, and aku takdak darah cina walau setitik pun, tapi tetap excited nak sambut.
Untung kan ada ramai kawan yang berbangsa cina ni. Hewhew
Dah plan macam-macam dah untuk raya cina ni.
Kawan-kawan yang dah agak lama tak contact pun tetiba pakat-pakat text, call semata-mata sebab nak ajak 'beraya' nanti.
Raya, connecting people.
(My trademark, semua benda connecting people) ^_^
Even though tak tetapkan lagi nak pi beraya tu naik kereta apa, sapa drive, tapi semua nampaknya sudah tidak sabar lagi menanti hari tersebut
Demi angpau, kalau kena berjalan pun kami sanggup ! Haha
Pastu plan nak pi sekolah ambik sijil SPM.
Tapi cuti sekolah ni pejabat bukak jugak ke tak ah ?
Kalau tak bukak, terpaksa la ambik time speaking test hari Khamis lepas CNY punya cuti ni.
Oh, ya ! Aku kena repeat MUET. Sedih kan ?
Sebab hari tu dapat band 3 ja and band tu tak melayakkan aku untuk sambung degree in law nanti.
Memanglah asalnya aku takmau sambung law time degree nanti, nak sambung English kan.
Tapi nak sambung English pun kena band 4 jugak
So, ada lagi satuuuuuu ja peluang terakhir.
And kena make sure kali ni I'll do great ! InsyaAllah.
Kalau ditakdirkan dapat band 3 jugak, maybe terpaksa sambung degree Bahasa Melayu la.
Jadi munsyi.. Haaaa !!! Munsyi Anis Syifa.
Not bad kan.
Tak buat lagi kan test tu, so takmau la stress sangat, nanti takut makan diri.
Dok stress stress, takut tak dapat band 4 pastu sampai time test otak blank. Haa naya ja !
InsyaAllah, kalau ada rezeki kita, ada la nanti kan kan.
Yang penting, kita kena usaha tawakkal dan akhir sekali redha ! :D
Lima Belas Minit
5 years ago
0 Kepochi:
Post a Comment