Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Agak emotional waktu nak tulis post kali ni. Hehehe
Tapi takpa, emosi masih mampu dikawal.
Sikap panas baran yang bersarang di dalam diri dahulu kala nampaknya telah beransur hilang.
Alhamdulillah.
Sekarang ni, lebih banyak menghabiskan masa di twitter.
Mencuba sedaya upaya untuk menjadikan twitter itu medan dakwah.
Biarpun ilmu di dada sendiri pun taklah sebanyak mana,
tapi sabda Rasulullah "sampaikanlah walaupun sepotong ayat"
Sekadar berkongsi apa yang tahu, tak apa kan?
Sekali sekala, ada yang menegur, menambah apa yang patut.
Alhamdulillah, dapat kenal dengan orang-orang macam ni.
Yang sudi membetulkan kesalahan, yang tak pernah berkira untuk berkongsi ilmu dengan aku yang tak mengetahui, yang sudi menunjuk ajar.
Alhamdulillah, terima kasih sangat-sangat. :)
Tapi baru-baru, sedang leka meneliti timeline, ternampak satu tweet rakan pre-law.
Macam tengah ada masalah, so aku pun stalk dia, ternampak tweets dia macam tengah 'berunding' dengan seseorang.
Rakan pre-law ni lebih kurang sama ja tahap kami ni sebenarnya, hamba Allah yang masih kurang ilmu di dada, yang masih cuba menyempurnakan diri.
Lepas tu, dia macam minta tolong untuk stalk 'seseorang' tu, and baca dia punya tweets.
Aku tahu, dia perlukan bantuan.
Sebabnya, 'seseorang' tu tergolong dalam kalangan orang-orang yang bijak pandai.
Bukan niat mahu mengutuk atau mengumpat, tetapi ada tweets dia yang seolah-olah mengeji seorang yang ternama.
Lalu sahabat aku tu, dengan niat mahu menegur, membalas kepada tweet itu dengan cara yang baik dan sopan.
Tetapi malangnya, 'seseorang' itu memaksa dan terus memaksa sahabat aku untuk membuktikan beliau salah dengan mengemukakan dalil-dalil yang berkaitan.
Sebagai seorang yang biasa-biasa sahaja, pastinya sahabat aku berasa malu.
Dicabar oleh seseorang yang tinggi ilmunya sebegitu rupa, di tempat yang terbuka.
Siapa yang tidak malu bila diperlakukan sebegitu rupa?
Kawan-kawan, kita ni hamba Allah yang berdosa.
Tidak guna ilmu setinggi Gunung Everest kalau kita tak sedar yang ilmu itu sebenarnya milik Allah.
Ada satu kata-kata hikmat yang mengatakan pengetahuan kita ni hanyalah setitik air dari lautan yang luas.
Umpama satu titik kecil di atas kertas kanvas.
Mungkin kita tahu apa yang orang lain tidak tahu, boleh jadi juga kita tak tahu apa yang orang lain tahu.
Jangan sombong andainya kita mampu memegang segulung ijazah, master, mahupun PhD dalam bidang-bidang tertentu sekiranya kemahiran itu akhirnya digunakan untuk menjatuhkan dan memalukan orang lain yang tidak mahir dalam bidang tersebut.
Ingat, dunia ni pinjaman. Apa yang kita punya sekarang ni semuanya pinjaman.
Bersyukurlah sementara Allah masih belum tarik balik semua nikmat yang Dia bagi.
Bersyukurlah sementara kita masih diberi kesempatan untuk menuntut ilmu.
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang, kerana sesungguhnya apa yang kita ada sekarang ni semuanya milik mutlak Allah.
Ada duit, gunakan atas jalan yang diredhai. Ada akal, fikirlah benda-benda yang elok.
Ada ilmu, kongsilah dengan orang lain.
Tak guna ada ilmu yang tinggi tapi sombong.
Tak rugi pun berkongsi ilmu dengan orang lain.
Allah dah janji, walau sebesar zarah kebaikan yang dibuat, pasti ada ganjaran daripadaNya.
Kongsi di mana-mana pun tidak mengapa, asalkan kita lakukan semuanya kerana Allah.
Wallahualam. :)
Lima Belas Minit
5 years ago
2 Kepochi:
Sesungguhnya aku pun sedang belajar nak berubah menjadi hamba yang baik tetapi aku susah sangat nak istiqamah ;(
Memang, berubah tu senang, yang susahnya istiqamah. Tapi, kalau kita ada keazaman yang tinggi, kita tau kenapa kita berubah, insyaallah Allah akan tolong. Tetapkan hati :)
Post a Comment