BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


Tuesday, December 11, 2012

Buat Hukum Sendiri

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Halo halo kawan-kawan sekalian.
Apa khabar anda semua di sini ?
Khabar aku ? Okay ja, alhamdulillah.
Ada la sakit-sakit badan sikit 2 3 hari ni.
Normal la tu kan, sebab letih sangat kot.

So, macam ni la.
Baru-baru ni masa aku tengah baca al-Quran, terfikir pulak satu benda.
There are some days yang aku skip baca al-Quran.
Bukan sebab sengaja tanak baca, tapi sometimes aku ada keja, or kelas or apa-apa la,
yang memaksa aku untuk rush lepas maghrib tu.
Sebab kebiasaannya aku akan baca al-Quran lepas solat maghrib. Heee~

Ilmu di dada ni tak lah banyak sangat,
makanya aku kena lah banyak membaca kan
Kadang-kadang rasa bersalah mesti akan menyelubungi diri.

Betul la orang kata "Nak berubah itu senang, istiqamah tu yang payah."
Payah sebab kita selalu lebih pentingkan hal duniawi.
Sampai kita rasa beribadat tu tak berapa nak penting sangat.
Why ?

"Homework ni kena hantar esok pagi la, nanti la aku baca al-Quran."

"Kelas lagi 20 minit, solat buat yang wajib dah la."

So, saranan aku kat sini, apa kata kalau kita buat hukum sendiri ?
Haa buat hukum sendiri kat sini bukannya menghalalkan yang haram.
Tu berdosa jadinya nanti.
Buat hukum baru as in, benda yang tak wajib kita jadikan wajib dalam kehidupan kita.
Contoh yang paling senang ialah ibadat-ibadat sunat.
Mesti ada masa yang kita, or maybe aku ja, yang kata

"Alah, sunat ja, tak payah buat pun takpa."

Memang la kita kena utamakan yang wajib,
tapi yang wajib akan lebih secure sekiranya ditambah dengan ibadat sunat.
Boleh eh guna istilah secure kat sini ? Hmmm biarlah.
Allah dah nak bagi kita pahala bonus, pahala sunat tu pahala bonus la,
kenapa kita takmau rebut bonus tu ? ^_^

So instead of berfikiran macam tu, and mengelakkan kita menjadi rugi jugak,
kita buat la hukum sendiri.
Contohnya, kita wajibkan diri untuk solat witir setiap malam, ataupun puasa setiap hari Isnin dan Khamis.
Tak susah sangat pun kan.
Jadikan rutin harian kita la maknanya ni. Hehehe.

Bukan niat nak menunjuk pandai, sedangkan diri ini memang tak pandai, tapi ni peringatan dan nasihat untuk diri sendiri jugak sebenarnya.
Bersama-samalah kita berusaha menjadi umat Islam yang lebih baik !!! :D


Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: