BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


Monday, November 5, 2012

Aidiladha vs Aidilfitri

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Apa khabar sahabat-sahabat sekalian ?
Maap lerr baru nak update pasal aidiladha.
Bak kata pepatah, biar lambat asalkan selamat.
Tak pasti sama ada itu boleh diklasifikasikan sebagai pepatah atau pun tidak.

So, macam mana aidiladha hari tu ?
Meriah macam aidilfitri tak ?
Hehehehe mesti kebanyakannya 'TAK' kan.
Memang jarang la nak jumpa orang yang sambut aidiladha lebih meriah daripada aidilfitri.
Yang sama meriah pun jarang.
And to be honest, aidiladha kat sini pun kurang meriah :(

Atas sebab ini lah saya mengambil keputusan untuk mengemaskini blog saya mengenai aidiladha walaupun telah lama aidiladha berlalu.
Tuudiaa keskemaan melanda dah.
Tapi sebelum anda terus membaca, izinkan saya memohon maaf terlebih dahulu kalau apa yang saya akan tulis selepas ini salah.
Tolong betulkan ya ? :)

Mengikut apa yang aku baca, dan berdasarkan pengetahuan yang tak seberapa banyak ni.
Kita semua disuruh menyambut aidiladha dan aidilfitri.
Maknanya kita kena sambut dua-dua perayaan tu la.
Persoalannya di sini, kenapa orang Melayu kita lebih suka sambut aidilfitri daripada aidiladha ?

Tau tak sejarah di sebalik sambutan aidilfitri dan aidiladha ni ?
Sekali lagi, berdasarkan pengetahuan yang tak seberapa ini,
aidilfitri disambut oleh Rasulullah dan umat Islam yang lain lepas perang Uhud (kalau tak salah) yang berlaku pada bulan Ramadhan.
Bayangkan, berperang dalam bulan Ramadhan.
Kita sekarang, puasa sikit, letih macam dah tak makan setahun.

Lepas tu kalau sejarah aidiladha pulak,
tu la kisah Nabi Ibrahim yang diperintahkan untuk menyembelih Nabi Ismail.
Cerita-cerita ni semua kita pernah dengar dah kan.
Cikgu tadika selalu baca time kita kecik-kecik dulu,
mak dengan abah pun selalu cerita kat ruang tamu.
Betul tak ? Ingat tak ? Hehehe.

Main point kat sini, dua-dua perayaan ni adalah sama penting dalam Islam.
Kalau tak penting, takkan la kita disuruh untuk sambut kan.
Cuma nya, jangan taksub sangat dalam merayakannya.
Contohnya aidilfitri tu, orang Melayu kita ja yang kata raya sebulan, sebenarnya raya sehari ja.
Tapi boleh la dalam sebulan tu nak ziarah sedara mara.
Tu adat kita la kan.
Dan jangan la sampai tak sambut langsung pulak aidiladha tu kan.
Tak boleh la berlaku diskriminasi di sini. Hahaha

Rasanya that's all for this entry.
Sekali lagi maaf kalau ada salah info ka apa-apa, please betulkan okay.
Maaf jugak lambat update topik ni.
Assalamualaikum. (^_^)


Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: