Lepas habis kelas BEL313 hari Selasa hari tu, 5 orang ahli The Fabulous Five terus bergerak ke depan UiTM Merbok, untuk bertemu mesin ATM dan mengeluarkan sejumlah duit.
Hal ini kerana dompet masing-masing teramatlah nipis sehingga mampu disembunyikan di belakang sebatang pensel tanpa dilihat oleh sesiapa pun. *exaggerate* Hahahaha.
Lepas ambik duit, sambil jalan-jalan tu kami pun sembang.
Hamba Allah 1 : Lapar laaa.
Hamba Allah 2 : Kalau dapat KFC ni pun sedap gak.
Hamba Allah 3 : Jom keluar, nak ?
Semua hamba Allah : Jom !
Lepas tu, aku pun call mama mintak izin nak keluar.
[ mintak izin mama tu satu kemestian ye kawan-kawan ]
Mama bagi permission, nasihat, pesanan, amaran semua, kami pun 'OK!'
Aku, Ezzati and Aiza pi ATM sekali lagi, Teesha and Tasya cari kereta sewa.
Cari, punya cari, dan cari lagi,
yang ada semuanya kereta manual. Dan Tasya hanya reti bawak auto.
Aku reti bawak manual, tapi last sekali bawak kereta 5 bulan lepas. Hohoho
Ingat nak terus masuk UiTM balik la, tapi tiba-tiba.........
TEKSI !!!!!
Mengidam punya pasal sanggup amik cab kauuuu
Disebabkan kami berlima so takkan la nak berhimpit dalam cab yang sama kot kan
Terpaksa la sewa dua biji cab
Tapi tu la, naik cab lagi banyak duit nak pakai la.
Kalau kereta sewa murah sikit. Hmmm hmmmmm
Kami singgah tesco dulu, performed the solah. Ecececehhh
Bayangkan la, dengan beg sandang, fail di tangan, baru habis kelas kan.
Depa cakap "Syifa buat image crime. Future lawyer bawak bag pack."
Then I said "Who cares about image crime? Nobody knows I'm going to be a lawyer."
Hahahaha
Tanpa membuang masa, kami terus bergerak ke Village Mall.
Dari tesco ke VM, langkah divider tuh. Gilo kan ?
Ekceli, mana ada langkah pun, pakat-pakat pakai kain, segan ah nak langkah.
Maka kami ambil inisiatif lain, terpaksa ikut jalan jauh.
Masuk VM terus ja pi Pizza Hut, tadak melewar tempat lain dah.
Straight to the point ! Lapar benoooorrrr time tuh.
Pastu kami buat pizza tu cam bapak kami punya. Hahaha
Riuh rendah dan riuh tinggi dibuat kami. xD
Berbaloi kan keluarkan duit, tunggu teksi bagai.
Kami kenyang bak ular sawa pada petang itu. Puas hati !
Makan puas, bil nya juga mestilah SANGAT MEMUASKAN !
Lepas makan, kami jalan-jalan sat sementara tunggu teksi sampai.
Patah balik ke Tesco, kesian tesco jadi 'cab stop' ja. Hewhew
Tapi okay la, kalau tak pi tesco, aku tak boleh la beli buku Hadis 40 tu. (^_^)
So, basically, the main point here is that The Fabulous Five sangat lah gila !
Kalau nak tau hari tu kami sebenarnya ada baaaaaaaanyak sangat kerja.
Dengan test lagi, assignments la, tapi sempat lagi jalan-jalan. Hebat kan?
Lima Belas Minit
5 years ago
2 Kepochi:
I really appreciate your post and you explain each and every point very well.Thanks for sharing this information.And I'll love to read your next post too.
Surely a perfect piece of writing! We've book marked it and sent it out to all of my friends since I know they'll be intrigued, thank you very much!
Welcome to my site [url=http://www.about-dogs.zoomshare.com/]www.about-dogs.zoomshare.com[/url].
Post a Comment