Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, dah dua hari puasa dah.
Sehari puasa kat rumah, sehari di perantauan.
Ecececehh, perantauan la sangat kan.
Best tau tak ? Tadi sempat join tarawih kat pusat Islam kat sini.
Ingatkan aku antara yang terawal.
Berjalan dengan megahnya masuk perkarangan pusat Islam.
Sampai ja, nah ambik hang ! Kasut dah penuh dah.
Masuk dalam, lagi lah. Terpaksa berdiri kat tepi dulu, sebab takda tempat nak duduk.
Wakakakakaka.
Meriah sangat kan ?
To be honest, aku dah tak ingat last time aku join semayang ramai-ramai macam tu.
Dulu selalu tarawih ngan family ja kat rumah.
So memang tak merasa la semayang ramai-ramai macam tu.
Pastu tadi kan aku dengan Fizah ingat nak join tadarus,
namun apakan daya, time baca doa pun kami dah tak mampu nak mengangkat mata.
Terfikirkan kerja yang masih bertambun, yang terbengkalai di dalam bilik, kami pun mengambil keputusan yang kurang bijak, iaitu pulang ke bilik.
Niat di hati tu nak join tadarus la, tapi... tapi... ish...
berat hati ku~~~ tak tahu antara dua~~~
Aku pun ingat nak baca quran kat bilik ja.
Insyaallah ada masa nanti aku join tadarus tu.
Yes, aku bertekad dengan setekadnya.
Kalau tahun lepas aku buat diari ramadan Syuhada kan.
Tapi memandangkan aku tidak berada di sisi Syuhada bulan ramadan kali ni, so tak boleh la buat diari ramadan beliau dah. Hewhewhew.
Aku rasa macam teruk ja ayat aku kali ni, geli tekak membacanya.
Tetapi tidak mengapalah, aku sednag berusaha memartabatkan bahasa kebangsaan !
Muahahaahaha patriotik sangat. :D
Last but not least, pesanan saya untuk semua yang sudi membaca blog saya yang comel seperti saya ini,
perbanyakkanlah ibadat dalam bulan ni ye.
Pastu istiqamah laa..
Semoga Ramadan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Insyaallah. :)
Lima Belas Minit
5 years ago
2 Kepochi:
:) slmt b'pose
selamat berpuasa jugak. :)
Post a Comment