BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 8, 2012

Next Page !

Assalamualaikum~
Sakit belakang, sakit bahu, sakit pinggang, sakit kepala, semua ada.
Gara-gara MDS la ni.

Rasanya warga UiTM ja kot tau MDS tu apa.
And maybe orang Sik pun tau.
Tapi MDS ni bukan la Majlis Daerah Sik tu. Hehehe

MDS ni stands for Minggu Destini Siswa a.k.a orientasi la.
Tapi orientasi is too mainstream, MDS lagi stylo lah.
Hahaha.
MDS kat uitm merbok berlangsng selama 5 hari lebih kurang.
Letih baq hang.... Serius, tak tipu.
Tanya la mana-mana freshie uitm, mesti semua cakap letih.

Cuba bayangkan.. pukul 4.45 pagi dah kena berkumpul.
Berkumpul okay, bukan bangun.
Maknanya memang awal la kena bangun.
Program + taklimat sepanjang hari sampai malam.
Habis pun tak menentu pukul berapa, kadang-kadang awal, kadang-kadang lewat.

Tapi apa yang boleh aku simpulkan, memang best ah MDS ni.
Walaupun banyak taklimat, tapi aktiviti yang lain-lain tu not bad ah.
Part paling best ialah "Pantas, siswi, pantas!" "Pantas, siswa!"
Hahahha. Memang semua akan ingat la ayat ni.
Sebab apa aku cakap best, sebab since sekolah aku memang jenis jalan laju.
Lemas perut la kalau orang depan aku jalan lambat. xD

Kakak2 and abang2 PM (Pembantu MDS) buat macam tu pun sebab nak licinkan perjalanan program, bukannya niat nak mendera kami pun.
Tapi biasa la, siswa-siswi ni pun manusia, mesti ada la yang tak puas hati and what not.
Bagi aku pulak, okay ja.
Maybe sebab awal-awal lagi kakak dah cakap minggu ni sangat meletihkan.
So aku dah ready physically and mentally sebelum masuk situ.

Sekarang kerja aku kena study sungguh-sungguh, jadi student yang proaktif, lepas tu nanti nak apply jadi PM jugak la. Hehehe.
Best kot aktiviti macam ni. Sedikit sebanyak menyihatkan tubuh badan jugak kan.
Kalau nak cerita apa yang kami buat time MDS tu memang tak boleh la, banyak sangat.

video
Tengok ja la video yang abang PM ni buat :D
Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: