BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 16, 2012

Aku dan Tudung Labuh

Assalamualaikum~
Macam serius ja kan tajuk ni. Hehe
Ekceli memang agak serius pun, sebab aku seorang yang serius !
*gelak dalam selimut*
Baiklah, let's get back to the main point here.

Mesti ada kan beberapa kerat manusia yang pernah tengok aku bertudung labuh ?
Hehehehe.
Read my sentence carefully, pernah.
Means kadang-kadang aku pakai, kadang-kadang tudung biasa ja.
Mostly tudung biasa la.
Sebab sebenarnya, beberapa hari sebelum masuk UiTM baru aku start pakai tudung labuh.
Baru sangat ja. Sebulan lebih kurang.

Sehubungan dengan itu, tak banyak la koleksi tudung labuh yang aku ada.
That's why kadang-kadang ja aku pakai.
Jangan la berfikiran negatif, cakap aku ni hipokrit la and what not.
Aku bukan macam tu.
To be honest, aku memang nakkkkkkkkk sangat bertudung labuh.
But tanggungkawab dia akan lebih berat.
So aku tak boleh berubah dengan drastik la.

Aku ada terbaca satu artikel yang senior aku share kat facebook baru-baru ni.
Macam mana nak start bertudung labuh.
And sekarang ni aku tengah praktikkan semua tips yang dia bagi, insyaallah.
Biasakan diri dengan sarung tangan dan sarung kaki dulu.
Pastu pakai tudung yang menutupi dada, bahu.
Which is aku dah buat sebelum ni pun lagi.

Main problem (for me) here is, aku punya perangai.
Semua orang kenal aku sebagai seorang yang bising.
And I don't think I can be like that kalau aku bertudung labuh.
Bukannya nak jadi hipokrit once again, tapi tu adab kan.
Aku tak cakap yang bertudung labuh ni kena diam sepanjang masa, cakap pun slow-slow ja. No.

Kakak aku pun bertudung labuh since dia sekolah menengah lagi.
Tapi dia still berurusan dengan kaum Adam jugak.
Tak ada salahnya pun.
Cuma macam yang mama aku selalu pesan, berkawan ni jangan kira jantina.
Kawanlah dengan lelaki pun, asalkan kita tahu batas-batasnya, insyaallah.

Aku nak bertudung labuh bukan nak cakap yang aku ni alim, warak, etc.
Aku ni typical Muslim ja.
Aku sedar, ilmu aku tak banyak sangat pun.
Aku tahu basic-basic pasal Islam. Aku tahu apa yang wajib aku tahu.
Kalau nak tanya lebih mendalam, aku tak pasti aku boleh jawab.
Just aku harap kalau aku dah ubah penampilan, aku akan lebih bersemangat nak dekatkan diri dengan Allah. Tambahkan ilmu pengetahuan aku.
Aku taknak jadi muslim yang jahil.. aku takmau....


Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: