BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 18, 2012

Freedom Limits

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hola semua ! Terima kasih kerana memilih blog saya untuk disinggah.
Ewah, dah macam iklan pulak. :P
Muahahaha, perasan gila aku.

Okay okay, dimulakan dengan bismillah.
Pada suatu hari yang indah seperti hari-hari lain,
aku tweet macam biasa. Cakap sorang-sorang macam selalu.
Waktu tu dah dekat-dekat tengah malam jugak, kira ramai jugak la yang tengah menge-tweet.
Timeline sangat lah meriah, macam malam raya meriahnya.

Dalam celah-celah tweet yang beribu riban tu, ada satu tweet yang menarik minat aku.
Bahasanya, fuhh ! Tak terkata betul kasarnya.
Habis dalam luar atas bawah dia sebut.
Aku try cari lagi tweets dia yang lain, tetiba jadi berminat nak tau pulak.
Hahaha, sorry ye. Saya tak stalk, baca yang ada kat timeline ja. xD

Last sekali baru la aku tau, dia tengah memaki hamun mak dia.
Sebab tak benarkan dia keluar lepak dengan kawan-kawan dia.
Ermm, patut tak cakap TAHNIAH kat dia, sebab buat macam tu.
Berani betul dia kan, tahniah la untuk keberanian tu.

Tapi sebenarnya tu bukan sesuatu yang bijak la, okay.
Budak tu sebenarnya sama umur ja dengan aku, tahun ni baru 18.
So bagi aku tak la besar lagi pun, still bawah tanggungan parents.
Kebanyakan tweets dia pun cakap yang dia dah 18, tak mau dikongkong.
Jangan layan dia macam budak kecik, takkan nak keluar dengan kawan pun tak boleh.
Bla bla bla bla.. Macam-macam ah.

Well, hello !
Hang tak rasa malu ka kata macam tu ?
Setahu aku, hang tak cari kerja sambilan pun lepas SPM ni.
Hang keja buat taik mata ja kat rumah.

Nak keluar lepak dengan kawan-kawan, mintak duit kat parents dulu.
Memang boleh sangat la parents hang tak bagi keluar.
Yang hang nak memaki hamun tu kenapa ?

Lagi satu, aku nak ingatkan hang tentang dosa pahala.
You're clever, takkan benda simple tu pun tak tau kan.
Aku mengaku, aku tak alim mana pun, ilmu aku memang cetek gila.
Aku sekadar berkongsi ilmu, takat mana yang ada aku kongsi la.

Mak hang larang hang keluar lepak tu, mesti ada sebabnya.
Hang tak payah la sampai menyumpah seranah mak hang kat twitter semua tu.
Kalau hang sendiri tak boleh nak jaga air muka mak hang, macam mana orang lain nak jaga air muka hang ?
Faham tak apa yang aku cuba sampaikan ni. :/

Seriously, aku sedih lepas baca semua tweets tu.
Baru habis SPM, dah mintak kebebasan. Kebebasan apa hang nak ??
Ingat, dia tu mak hang, hang tu lelaki, kalau dah kahwin sekali pun, hang tetap kena utamakan mak hang.

Aku saja takmau dedahkan nama hang, kesian, nanti takda yang sanggup jadi bini hang.
Aku sayangkan semua kawan-kawan aku, sebab tu aku tegur.
Tak boleh tegur depan-depan, aku tegur melalui blog.
Hope you'll take note of this, lepas tu sama-sama kita berubah jadi lebih baik, okay ? :)


Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: