BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 26, 2012

Ada Apa Dengan Birthday ?


"Selamat hari jadi"
"Happy birthday to you"

Ucapan yang paling cliche la time birthday yang kita akan dapat.
Persoalannya, 'selamat' kah ? 'Happy' kah ?
Tu semua hanya Allah yang tahu.
Sebab kita taktau apa yang akan jadi pada kita pada masa akan datang kan.

Selamat tak selamat tu, wallahualam.
Tapi happy tu, bukan waktu birthday ja kita kena happy, hari-hari biasa yang lain pun bergumbira lah kamu. :D

Dalam kita sibuk sambut birthday kita, sebenarnya ramai yang terlupa yang kita semakin menghampiri mati.
Sebab tu secara jujurnya, aku lebih suka wish "Selamat hari tua" on anybody's birthday.
Ya la, manusia ni, dah tua baru nak ingat kubur kan.
At least bila aku dah wish macam tu, maybe dorang akan terfikir "Oh, my life is getting shorter."

Kalau dorang tak terfikir macam tu pun, I do.

Actually, sebenarnya, to be honest, aku pelik jugak dengan sesetengah pihak yang eksaited sambut birthday yang ke-18 or yang ke-21.
Selalunya perempuan la yang paling eksaited.
Kononnya bila dah masuk umur tu, dah bebas.
Bebas dari segi apa ? Cuba fikir elok-elok.

Dear girls, selagi kita belum kahwin, kita belum bebas dari perhatian dan pengawasan ibu bapa kita.
Kalau dah kahwin, kita bukan lagi bawah tanggungjawab ibu bapa, tapi suami kita.
Maknanya, kita bukannya 'bebas' pun.

Selagi kita seorang Islam, kita kena ingat tanggungjawab kita sebagai seorang Islam.
Tak payah la taksub sangat dengan kebebasan semua tu. (^_^)

Daripada kita buang masa buang duit buat birthday party semua tu, apa kata kita cuba amalkan baca doa hari lahir ni :

"Ya Allah, panjangkanlah usiaku,
agar lebih lama dapat ku mentaatimu,
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,
moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya,
Ya Allah, tambahkanlah amalanku di saat bertambah usiaku, Jadikalanlah cahayamu yang bersinar menyinari jalanku, rehatku adalah rantaian zikir,
rantai yang ku kalungkan pada leherku,
sebagai tanda cintaku padaMu, Ya Allah, Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku, mencari haruman syurga ciptaanMu, tempat rehat dan nikmat abadi. Amin..."

Terjumpa doa ni kat internet.
Satu doa yang sangat indah :)

Maaf kalau ada isi post ni yang menyinggung perasaan sesiapa,
ni hanya pandangan peribadi aku,
tolong betulkan andai ada apa-apa kesalahan.


Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: