BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 7, 2012

Makhluk Halus........inasi

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
dan salam satu Malaysia.
Berdirinya saya di sini, tipu tipu !
Saya tengah duduk sebenarnya.
Teks ucapan tak boleh pakai !

Malas ah nak ber saya-saya, that's so not me.
Hahaha, cam gedik lak.

Ceritanya macam ni, siang tadi tengok satu telemovie ni dengan kakak.
"Bomoh Temberang" yang Jepp Sepah ngan Leez berlakon tu.
So, aku ngan kakak pun teringat la pengalaman kami dengan kes-kes kena rasuk semua tu.

Alhamdulillah, aku ngan kakak masing-masing tak pernah la kena kacau semua tu.
Kami cuma pernah tengok orang kena. Hehehe~
Normal thing kan ?

So meh-meh nak cerita aku punya pengalaman.
Pasang telinga elok-elok. Walaupun tak diperlukan pun.
Kisahnya terjadi tahun lepas *jeng jeng jeng*
Time kem PKBM la, kat kem tentera yang baru la,
bukan Kem Lapangan Terbang.

Kem pun baru, asrama yang kami duduk tu pun still baru la kan.
Biasa la, kalau takda orang duduk situ, akan ada yang 'jaga' kan.
So, tu dah jadi tempat dia.
Aku and beberapa orang kawan dah pesan dah kat junior-junior,
jaga mulut, jaga perangai, jaga kebersihan.

Tapi tau la kan, perempuan. Bukan setiap masa suci kan ?
Yang menjadi masalahnya, dah tau dah benda-benda halus ni tak suka benda kotor,
pad yang dah dipakai tu dorang tak reti buang elok-elok.
Entah-entah basuh pun tak.

Lebih kurang seminggu lebih la kitorang kat kem tu, hari ke berapa ntah habis satu blok tu kena histeria.
Yang paling teruk histeria, budak-budak unit kitorang la.
Geram oh, dah la esok tu ada lagi pertandingan pandu arah kot kalau tak silap.
Ingat lagi, jurulatih pindahkan kami dengan trak 3 tan tu,
budak yang duduk tepi aku tu aku tak kenal sangat pun,
aku dengan Mahiroh ditugaskan untuk tenangkan budak-budak yang tengah menangis.

Ni pun pelik jugak, yang nak nangis kenapa ?
Kalau kau lemah, lagi la benda halus tu senang nak kacau.
Kitorang semua pegang tangan ramai-ramai, sambil baca ayat kursi, nak bagi kekuatan kan.
Waktu tu, tulang-tulang tangan ni macam nak patah, kuat betul budak tu genggam.

Kitorang dipindahkan ke dewan, tidur situ ah.
Ada yang tak tidur, Mahiroh sembang-sembang dengan jurulatih sampai pagi,
aku tidur ah, kisah apa orang lain histeria ? Hahaha, kejam !

Aku bangun ja pagi tu, tengok-tengok budak yang paling teruk histeria tu ada tepi aku.
Dorang letakkan dia tepi aku, haisyy~ jadi tanggungjawab aku la kan.
Nyesal jugak tak berjaga time tu, hahaha.
Beberapa kali jugak la budak tu kena histeria lagi, tapi still boleh control.

Agak ramai jugak yang histeria malam tu,
aku sembang-sembang dengan jurulatih, and kami bincang pasal sebab-sebab semua tu jadi.
Kalau ikutkan, yang kena tu, berdasarkan pemerhatian kami la, yang cantik-cantik.
Know what I mean ? Yang ber'couple-couple' kat kem tu, pantang ada masa free, mesti dating.

Tapi taktau la betul ke tak kan.
Tapi ingat la, benda-benda halus ni pun makhluk Allah jugak, tak perlu nak takut dia.
Kalau kita tak kacau dia, dia pun tak kacau kita.
Kita jaga hak dia, dia pun akan jaga hak kita, insyaallah. :)


Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: