BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 1, 2012

Kembali Ke Sekolah !!

It's the first day of 2012 ! Hooyeah~
Let's sing along,
Gonna party like, ohhhh.. we gonna live like it's the end of the world, turn it up, turn it up, mash
it up,
it ain't the end of the world.

Ahaks, ter over excited pulak.
Motif ?? Haha, takda motif.

Tapi hari ni first day Syuhada masuk prasekolah.

Bukan masuk lagi la, daftar ja.

Prasekolah cina, hooyeah !

Penyambung legasi..... Ngahahaha.


So, pagi tadi aku pun ikut mama pegi daftar Syuhada kat prasekolah tu,
saja la. Lagipun aku dah lama tak masuk sekolah tu.

Rindu pulak dengan suasananya, kawan-kawan lama.

Everything about the school. :(


Sekolah cina dah lain sikit sekarang, dah makin cantik.
Mesti la ada perubahan kan, dah 5 tahun aku keluar sekolah tu.


Tapi satu benda aku tak puas hati,

since aku darjah satu sampai aku keluar sekolah,

tandas tetap tandas buruk n busuk tu jugak.

Last sekali, time aku dah habis form 5, baru ada tandas baru.


Aku dah habis form 5 okay ?
Means sebelas tahun tandas sekolah tu yang busuk,

and maybe more. Haha.

Tak pa lah, aku relakan demi kesenangan junior-junior ku.


Dah daftar nama semua, aku duduk kat belakang tu sorang-sorang.
Mama jumpa kawan-kawan dia, sembang la.

Takkan aku nak menyampuk kan, aku pun memerhatikan keadaan sekeliling.

Hahaha.


Tiba-tiba ternampak Cikgu Voon, bekas cikgu aku.

Tapi aku tak berani nak panggil dia kuat-kuat,

malu la woi ! Orang ramai gila kot.


Dengar la taklimat tak seberapa daripada cikgu pra yang tak mesra alam,
bak kata mak aku. Haha

Seriously, aku pun rasa macam tu.

Sebagai cikgu prasekolah, kena la suka budak-budak kan.

Ni nak senyum pun tak, tegur lagi la..


Lepas tu, penolong kanan sekolah tu masuk pulak bagi taklimat.
Cikgu Chew namanya, one of my favorite teachers.

Garang, tapi sporting gila ah !

Aku tak pernah kena marah dengan dia, tapi pernah kena denda time darjah 2,

sebab tak hafal sifir. Hahaha

Aku keluar amik angin kat luar, ternampak Cikgu Voon tengah sembang dengan sorang makcik.
Aku pun terus berdiri belakang makcik tu, nak menyampuk tak berani.

So aku tunggu je la.

Pastu Cikgu Voon ternampak aku, terus dia tanya

"Woi, mai hantar sapa ? Anak ka ?"

Hahaha. Cikgu tu memang kasar sikit. Lepas tu kami pun sempat la bergurau senda seketika.
Ahaks!


Lepas habis semua sesi taklimat, boleh la bersurai balik.

Cikgu Chew pun ternampak aku dari jauh, tersengih kambing ja la.

Dia jalan ke arah aku, bukak spec dia, terus tampar aku bertalu-talu.


"Mai dengan sapa ? Hantar sapa ?"

"Mai dengan mak, hantar adik la."

"Oh, sihat noh. Form berapa dah la ni ah ?"
"Dah habis SPM la, tunggu result."

"Oh, dah habis SPM dah. Kecik nya !"


"Bukan kecik, cikgu. Comel."


Hahahahahaha...

Puas hati la dapat jumpa cikgu-cikgu, walaupun dua orang ja.

Tapi at least jumpa jugak kan. Huhu


Oh, and about my earlier post, kan aku cakap nanti aku dah nak sambung study.

Well, tadi dah bincang dengan abah, aku tak jadi pegi sana.

Hooyeahhh !!!

Aku boleh join PLKN, amik lesen !! Yeayy~~


Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: