BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


Saturday, October 29, 2011

Chicken Pox Mengganas !


ni la wajah budak yang terkena chicken pox.
kesian kan ?
ya, sila tunjukkan rasa simpati anda. sikit pun jadi lah. xD

beberapa hari ni Syuhada memang tak berapa sihat pun.
sebenarnya bukan Syuhada saja, yang lain-lain pun tak sihat sangat.
biasa la kan, sekarang ni cuaca tak menentu.
memang waktu yang sangat ideal untuk jatuh sakit.
kakak pun demam jugak, tapi tak teruk sangat.
just ulcer penuh la dalam mulut kakak.
waktu makan nampak ayu, terpaksa. hahaha

semalam lepas mandi Syuhada tunjuk kat aku,
pinggang dia ada biji-biji macam jerawat tu
tapi masa tu kecik lagi, nampak macam luka ja.
aku tanya Syuhada, "Syuhada gigit pinggang Syuhada pa?"
hahaha.. jenaka, jenaka..

lepas tu mama cekidaut badan Syuhada
air muka mama berubah serta-merta !
bibir yang munggil dimuncungkan, lalu berkata
"laaa..hang kena demam campak, adik oi !"

kami pun pakat-pakat menyibuk, nak tengok jugak
macam la tak pernah tengok keadaan 'dicampak' kan ?
Syuhada pun dengan serta-merta, automatically, buat muka orang sakit.
kalau kita tengok, memang menderita gila ah !

pagi tadi mama keluar pi pasar pun dia nak ikut,
mama pun ajak lah aku untuk turut serta.
biasala kalau demam campak, memang kita rasa sengal-sengal badan sikit kan.
so, sepanjang perjalanan di pasar tu aku kena dukung Syuhada.
mak aihh ! kalau ringan takpa la jugak
mau patah tangan aku tadi woah !
dah la tak reti duduk diam, haisyyy~

petang tadi, mama panggil kakak, nak tengok keadaan dia pulak la kan.
lepas tu mama kata kakak pun kena chicken pox.
jeng ! jeng ! jeng !!
ayyoookkk, dah berjangkit..
kakak n Syuhada pun dengan suka ria nya ber hi-5 segala,
ecehh, bahagia pulak mereka ye ?

lepas tu kami pun inform la dekat abah,
sebab abah lebih arif lagi pasal chicken pox ni, rasanya.
akhirnya, abah memutuskan kakak bukannya kena demam campak pun.
cuma layak dicampak keluar rumah sahaja.
hahaha.. xD

nasib baik kakak tak kena demam campak.
sebab mama cakap kalau orang demam campak selalunya kita tak boleh marah dia, dia tak boleh nangis.
means, sangat perlu dimanjakan !
masak ah kakak kalau dia kena chicken pox, then mintak dimanjakan.
dapat kaki lah jawabnya !


Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: