BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


Thursday, September 22, 2011

Sukanya Bila Dia Ceria (^_^)


ni la adik-adik ku yang insyaallah boleh !
budak-budak sangat comel. walaupun muka dorang tak comel, tapi kalau dah 'budak-budak' tetap nampak comel.
hahaha, kompleksnya ayat tak tertahan.

hari Selasa hari tu kan, aku tak pegi sekolah
bukan ponteng okay ! aku demam, serius, aku demam.
lepas tu aku pun cakap kat mama alang-alang hari Selasa banyak waktu kosong, tak rugi sangat la kalau 'ponteng' jap.
aku pun sambung tido balik. normal la kan, kalau dah tak sekolah.

lepas tu mama suruh bangun sebab mama kena pegi majlis rumah terbuka rukun tetangga.
mulanya aku tanak ikut, malas lah.
nak duduk dalam rumah, sambil-sambil rehat sambil baca buku sikit ke kan.
*huhu, bajet sungguh la minah ni sorang*
tapi mama cakap nanti kalau aku pengsan ke, sakit ke macam mana ?
aku pun terpaksa la ikut mama pegi rumah terbuka tu jugak.

budak-budak tadika pun ada jugak tau. (adik aku la)
nampak ja budak-budak tu, terus rasa macam demam aku dah baik.
aku kan obses dengan budak-budak.
"Kids, for me, are the best healer"
tu falsafah aku la, kalau korang tak setuju, aku tak kisah. :)

aku layan bebudak tu, orang lain makan pun aku tak makan sebab nak uruskan dorang dulu.
baik kan aku ? hakhakhak.
lepas tu, biasa la kan kalau budak-budak dah berkumpul. main-main, kalau dah terlebih sikit gaduh la.
tengah-tengah gaduh tu, tiba-tiba berkumandanglah lagu Suasana Hari Raya.
terus terdiam semua !
"berlalulah sudah Ramadan, sebulan berpuasa. tiba Syawal kita rayakan, dengan rasa gembira...."
alalalala.. comel betul budak-budak ni. boleh pulak buat koir tu.
harmoni je dengar budak-budak nyanyi kan.

selalu je aku pesan "jangan membazir, amalan syaitan"
tapi kalau dah budak-budak tu tak mampu nak habiskan, takkan nak paksa pulak kan.
aku pun kumpulkan semua nasi dorang, yang elok lagi la, dan lauk ayam yang rasanya tak disentuh pun, dalam satu pinggan.
kumpul punya kumpul, sampai je giliran aku makan, aku dah tak perlukan nasi tambah.
aku habiskan nasi yang aku kumpul hasil sisa-sisa budak-budak tu ja, kenyang !!

sesetengah orang mungkin ada la yang terfikir aku ni pengotor, kan.
ya la, sanggup makan sisa orang lain, macam la dah takda makanan lain.
tapi bagi aku, sikit pun tak kotor.
sebabnya aku bukannya makan sisa makanan orang lain.
eh, jap2 ! macam tak sesuai la guna sisa, lebihan makanan okay ?
ok, aku makan lebihan makanan budak-budak.
apa la sangat yang budak-budak makan, kan.
lagi pulak, dorang tu suci lagi, tak berdosa lagi pun. tu pun dah cukup bersih bagi aku.

errmm.. sebenarnya kan, aku taktau macam mana nak terangkan tentang kebersihan budak-budak dari perspektif aku sendiri.
sebab ni ni jenis yang tak kisah. bukan setakat budak-budak, kalau lebihan makanan sedara mara, kawan-kawan atau sapa-sapa sekalipun,
selagi makanan tu masih boleh dimakan, aku okay ja.
yang penting, makanan tu halal. :)

so, hari ni memang aku seronok sangat dapat main-main dengan budak-budak tadika tu semua.
sedikit sebanyak dah sembuhkan demam aku, dah hilangkan tekanan belajar aku.
budak-budak tu manja dengan aku, mana-mana ja aku pegi dengar la dorang panggil "kak Syifa, kak Syifa"
awhh, bahagianya rasa dikelilingi budak-budak.

oh ! insyaallah, kalau takda aral melintang, lepas SPM nanti, sementara tunggu keputusan aku akan jadi cikgu kat tadika tu.
jadi cikgu Bahasa Cina, insyaallah.
HOORAY, KIDS~!

Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: