BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


Monday, September 19, 2011

Ikat, Terikat, Mengikat, Ikatan

indahnya jika kita dapat bersama,
hidup selalu gembira, di dunia ini.
lagi indahnya, jika kita dapat bersama
hidup di dalam gembira, di akhirat sana.. :D

ya, ya.. jalinan dan ikatan kan benda yang sama,
walaupun tajuk ikatan, tapi atas ni lirik lagu jalinan.
sama saja kan ?

ikatan yang paling tak ternilai bagi aku dah jelas di sini kan,
ikatan persahabatan.
sahabat la keluarga kedua aku,
bukan aku ja, keluarga kedua semua orang di dunia ni, insyaallah.
kalau takda ahli keluarga, sahabat-sahabat la tempat kita bergantung.
tapi kalau dua-dua takda ? ...

malam ni tergerak hati nak tulis pasal persahabatan sebab satu insiden
yang berlaku dalam kalangan sahabat-sahabat aku jugak.
aku takmau tulis apa yang jadi, sebab rasanya sahabat-sahabat aku akan baca.
aku tak berniat nak keruhkan keadaan dengan memalukan sapa-sapa.
ni sekadar pendapat aku, :)

nak masukkan lirik lagu sikit ni, sedangkann lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
tapi ni tukar sikit, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kawan-kawan.
kita semua manusia, kan. mana ada yang sempurna.
melainkan kalau kita berkawan dengan robot, mungkin la sempurna.
tapi kalau sistem robot tu bermasalah pun tak boleh sempurna jugak la. hahaha

secara jujurnya, aku ni bukanlah sahabat yang baik.
sebab aku ni jenis panas baran sikit, tapi aku cepat sejuk balik.
aku sejuk sebab aku tau kalau aku layan api kemarahan aku tu, apa yang aku dapat ialah kebencian daripada sahabat-sahabat.
betul ! cuba bayangkan kita ni tempat sahabat kita sendiri.
tiba-tiba kita dimarahi dan tak dapat kemaafan walaupun dah minta maaf.
bengang kan ?

tu la yang selalu aku buat setiap kali angin aku tak baik.
sahabat-sahabat aku pun dah masak dengan perangai aku, rasanya.
kalau hari tu angin aku tak baik, aku akan duduk senyap-senyap dan tenangkan fikiran dulu.
aku tak reti nak simpan perasaan marah lama-lama.

kepada dua orang (atau lebih) sahabat aku yang tengah ada krisis,
tolong la jangan bergaduh sangat.
aku sedih la macam ni, aku sayang semua sahabat-sahabat aku.
kalau salah seorang ada masalah, aku pun rasa tau.
nak buat apa-apa pun fikir dulu okay ?

*suka guna 'sahabat berbanding 'kawan' atau 'rakan'

Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: