BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 13, 2011

Ramah Bukan Gedik

Anis Syifa binti Shoib
tau maksud di sebalik nama aku ?
Anis, maksudnya peramah, Syifa pulak maksudnya penyembuh.

jadi tak hairanlah kalau aku cakap banyak kan. haha.
rasanya sebab tu jugak la aku suka tambah kenalan.
tapi kawan-kawan panggil aku Syifa, bukan Anis.
maknanya kebanyakan orang mendoakn aku sebagai penyembuh, bukan peramah.
ada jugak la sesetengah orang yang panggil aku Anis.
tak kisah la panggil apa pun, nama aku jugak :D

walaupun tak ramai yang mendoakan aku peramah, tapi aku peramah la jugak.
tapi kadang-kadang tu aku rasa macam ada yang tak suka dengan keramahan aku ni,
mintak maaf la ye.
aku hanya manusia biasa, tak mampu nak puaskan hati semua pihak.

nak dijadikan cerita, hari ni aku dapat kawan baru.
bukan aku yang cari dia ok, dia yang cari aku.
haha, tak ah !
budak tu baru pindah mai sekolah kami, masuk kelas aku.

nama beliau ialah Aqif, nama penuh _______
belum dapat dikenal pasti lagi, hahaha
sebagai seorang yang peramah, aku kena la tunjuk kan keramahan aku kat budak baru tu.
tapi disebabkan dia seorang jejaka, bukannya wanita,
aku tak ramah sangat la.

masa awal-awal tu, semua budak kelas aku teruja tahap semut kepanasan la !
terutamanya yang kaum Hawa ni la, sebab dah tau kaum Adam yang nak masuk.
semalam lagi semua dah sediakan tempat duduk untuk budak baru tu,
tapi semalam dia tak masuk kelas lagi pun, hari ni baru dia masuk.

aku macam biasa la, tak teruja sangat pun, sebab dia tak handsome, hahaha.
apa daa, nak kawan pun tengok muka.
ni la perangai anak muda zaman sekarang.
okay lah, aku tak tengok muka dia sangat pun, tapi dah dia kan budak baru,
takkan la nak buat perangai gila aku pulak kan.
biar la dia selesa dulu baru kita mulakan sesi perkenalan. wahahahha

aku rasa, salah besar la cikgu tempatkan budak baru tu dalam kelas kami.
dah la hari pertama dia hari Selasa, memang hari bising 5 Sains 2 SMK Sik pun.
hari Selasa hari bising ? err.. tak, tak..
5 Sains 2 hari-hari bising, hahaha..

walaupun ada budak baru dalam kelas, ada kami kisah ?
takda maknanya nak hipokrit, macam tu jugak la keadaan kelas kami,
bising nak mati ! hahaha

beberapa orang budak perempuan ada la cuba nak tegur budak baru tu,
tapi tegur di angin lalu ja, tunggu tengok esok ! haha
jejaka-jejaka dalam kelas aku tu tak henti-henti perkenalkan budak kelas kami kat budak baru tu.
bagus la tolong perkenalkan, masalahnya mana ada budak kelas aku nama Milah, Temah, Joyah. nampak sangat menipu !

waktu math tadi aku dengan Farah duduk dekat tempat Teoh, senang sikit nak bincang.
tapi Teoh asyik gi depan ja, tanya cikgu la segala bagai.
kami kat belakang ni pun dok mengarut la dengan si jejaka-jejaka kurang tampan sekalian. haha.

Ikhwan pun perkenalkan kami dekat budak baru tu,
dia tunjuk Farah, pastu cakap "ni Intan"
pastu tunjuk aku, cakap " ni Permata"
amboi, suka-suka hati hang ja !
intan permata pulak, hahaha..

kesian budak baru tu, hari pertama dah kena buli.
jangan esok dah pindah sekolah pulak sudah la, kan.. XD

Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: