BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, September 10, 2011

My Sweethearts..

jangan salah faham, ni bukannya nak jiwang-jiwang,
cerita pasal 'abe' aku or cinta hati.
tidak sama sekali ! hahaha..

aku punya sweethearts ialah seperti berikut :

yang mengungguli carta, FARAH !!
sahabat aku sejak darjah satu, tapi masa sekolah rendah kami tak rapat sangat.
dah masuk sekolah menengah, baru perasan banyak benda dah kami lalui bersama. ecececeyh..
kadang-kadang bosan gak, 11 tahun dok sekelas !
tapi aku bersyukur dapat kawan macam dia, dia baik (macam aku).
bayangkan, kalau kami terpisah nanti macam mana.....


Aalia (kiri) dan Aqilah.
Aalia ni sahabat aku yang paling bising ! dan paling masuk kepala.
hobi kami sama : menyanyi. kadang-kadang kami suka gubah lagu ikut suka hati kami ja, haha.
aku panggil dia 'son', dia panggil aku 'omma'.
Aqilah lak aku baru rapat dengan dia sejak tahun lepas, sebab sebelum ni kami tak sekelas.
tak sangka boleh masuk geng rupanya.

Yi Chern (kiri), Cittha (tengah), Zhi Xin(kanan)
Yi Chern sangat comel dan bising jugak.
Yi Chern ngan Zhi Xin kawan baik, depa selalu buli aku.
Cittha satu-satunya siam dalam kelas aku, hobinya, gelak ! hahaha
walaupun depa bukan Islam, tapi depa sangat hormat agama Islam.
sebab tu aku sayang depa ! ^_^

ni Zhi Yong a.k.a skandal aku a.k.a Abang Yong
dulu la aku panggil Abang Yong, saja nak kacau dia.
yang ni lagi sakan, kawan baik aku sejak tadika lagi. lepas tu tak pernah berpisah.
sekolah sama, kelas pun yang sama selama 13 tahun ni !
kalau yang lain tu ada jugak terpisah kelas beberapa tahun, tapi Yong 'setia' dengan aku.
hahaha, sebab tu dia jadi skandal aku.

Jailani, Jai ho ! hahaha.budak genius sekolah aku.
aku memang tabik spring la kat mamat ni !
tengok muka cam baik ja, perangai boleh tahan la jahatnya !
jahat-jahat pun pandai, untungla.. aku plak ?
dah la jahat, tak berapa rajin ngaji lak tu.. haha

atas: Faridzuan a.k.a Yo, kiri: Ehsan, kanan: Ikwan
Yo selalu mengutuk aku ! tapi aku tau dia baik.
Ehsan jarang sikit sembang dengan aku, tapi kalau dah sembang macam nak pecah gegendang telinga.
Ikwan pulak sekelas ngan aku sejak Tingkatan 2, kami ni 'adik-beradik' sebab dia muda seminggu daripada aku. *gedik ja* hahaha

dari kiri : Firdaus a.k.a Kaduk, Fitri, Sazlin
jejaka-jejaka 'hot' dalam kelas kami.
kalau orang tak kenal depa, mesti ingat depa ni budak-budak baik,
tapi kalau dah kenal, astaghfirullahalazim..hahaha
tak la jahat sangat, tapi nakal tu, sangat !

ni sebahagian daripada kawan-kawan baik aku yang aku sayang sangat-sangat.
betul, aku ada banyak kawan baik.
kawan baik aku bertanbah setiap hari, dan tak pernah berkurang.
walaupun kawan baik aku pernah lakukan kesilapan dan ada yang bagi masalah jugak kat aku, tapi depa tetap kawan baik aku.
sebab kawan baik lah yang bantu aku untuk kenal dunia.. :)

Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: