BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 5, 2011

Anjakan Paradigma

assalamualaikum~
tajuk yang sangat tak boleh blah di atas, ya !

minta maaf la, tak sempat nak jengah blog 2 3 hari ni
sibuk beraya, hehehe
kadang-kadang nak kemaskini blog buruk ni, tapi tak sempat la

sekarang ni puasa dah habis,
raya pun dah dekat seminggu dah
kalau ikutkan adat kita orang Melau, raya sampai sebulan.
walaupun pada hakikatnya raya sehari ja sebenarnya.

tapi kalau orang Melayu nak beraya sehari alamatnya tak kenal adik beradik la kan?
tambah-tambah pulak sekarang ni sedara kita tinggal merata tempat.
kita kat Kedah, mak long kat Pahang, pak lang kat Johor, mak ngah kat Negeri Sembilan.
Pak mertua kat Sarawak, adik ipar kat Melaka, sepupu kat Perak...

kena keliling satu Malaysia dulu baru la lengkap raya kita tu
tak kisah kalau jalan sesak dah jadi tradisi masa musim perayaan ni, kan.
orang pekan bali kampung pun tak terasa suasana kampung
kat pekan dah biasa sesak, balik kampung sama-sama dengan orang pekan yang lain,
terpaksa lalui benda yang sama jugak di pekan-->kesesakan !
hahaha

tahun ni punya raya bagi aku biasa ja kot.
nak kata tak meriah, tak jugak sebab dapat berkumpul dengan semua ahli keluarga aku.
bukan senang tau nak kumpulkan semua orang dalam satu masa.
nak kata meriah sangat pun tak jugak,
sebab aku asyik terfikirkan keputusan percubaan ja, hahaha.

memang cuak la bila terfikir pasal tu,
terus hilang semangat nak beraya.
tapi lepas beberapa saat ja, semangat tu mai balik ! hahaha
insaf sesaat dua ja la.

sekarang ni dah mula sekolah balik,
azam aku sekarang nak fokus sepenuhnya dekat SPM
aku ada matlamat, aku ada impian, aku ada cita-cita,
kejayaan takkan datang bergolek, kan ?
walaupun sebulat mana pun 'kejayaan' tu, kalau 'permukaannya' tak elok,
susah kita nak dapatkan kejayaan tu. =)

tak berapa faham ayat tu ?
find it yourself..

tapi hari ni baru 2 hari buka sekolah, enjin pun belum panas lagi.
insyaallah, janji aku tu bukan janji kosong.
bak kata David Teo, bukan janji,tapi pasti.

pasal keputusan percubaan ni pulak,
aku dah cuba sedaya yang aku mampu,
selebihnya aku tawakal je la kat Allah.

aku sebenarnya dah hilang idea nak tulis apa,
post ni saja aku ambil masa 3 hari untuk siapkan.
macam nak tulis novel pulak kan ? hahaha..
aku tulis 2 3 baris, terus tutup. lepas tu sambung balik 2 3 ayat, tutup balik.

hasilnya ni la, post yang aku taktau nak kategorikan macam mana.
anjakan paradigma tu maksudnya kita ubah cara pemikiran kita kan ?
sekarang ni aku memang tengah berusaha nak buat anjakan paradigma,
harap-harap anjakan ni dapat tolong aku dalam usaha untuk berjaya dalam SPM nanti.

Go ! Go ! Go ! Syifa Go !
I can do it, insyaallah (^_^)

Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: