BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 30, 2011

Diari Ramadan Syuhada #29 --Finale !

bulan Ramadan dah pun sampai ke penghujungnya
ni adalah post terakhir tentang puasa pertama Syuhada
alhamdulillah, tak pernah aku terlupa nak coretkan kisah Syuhada kat sini
:)

hari terakhir ni kami sekeluarga diuji pulak sekali lagi
bukan sorang ja tau, tapi semua
abah,mama, kakak, Anas, Syuhada sakit perut dan muntah-muntah

malam tu sebelum tido Anas dah mengadu sakit perut
berapa kali dia dok ulang masuk tandas, muka pun pucat
mama pun muntah-muntah jugak, kakak sakit perut
aku pun ada la sakit perut sikit-sikit, tapi masuk tandas tak sekerap depa la

dalam pukul satu lebih macam tu, semua orang dah ido, tapi aku masih dengan blog la
aku dengar Anas beberapa kali keluar bilik, masuk tandas
kesian la aku dengar. tapi aku tak keluar tengok dia pun

tak lama lepas tu, mama masuk bilik cakap nak bawak Anas pi hospital
kakak terjaga, dia pun kata nak pi jugak la.
aku pun ditugaskan menjaga Syuhada yang tengah sedap berdengkur

taktau bila aku tertido, sedar-sedar ja dah masa sahur
kali terakhir sahur tahun ni
moga-moga kita dapat bersahur di bulan Ramadan lagi tahun depan, insyaallah..

pasal depa tu, doktor cakap keracunan makanan
sebenarnya Anas kena masuk wad, tapi dia janji dengan doktor, kalau tak okay jugak baru dia pi lagi
ni semua sebab nak raya punya pasal la, haha
keracunan tu pulak rasanya sebab lauk ikan kot

ikan empurau namanya, abah yang bawak balik
lepas tu mama yang masak
kami tak pernah dengar pun nama ikan ni, tu kali pertama makan
aku boleh suspek ikan ni sebab masa buka puasa aku makan sikit sangat lauk ikan empurau ni

Anas makan banyak, sebab dia suka. abah pun
mama, kakak ngan Syuhada boleh tahan la.
aku tak berapa suka ikan, jadi makan sikit ja la.
Syuhada bangun pagi tu baru dia muntah-muntah.

sebenarnya kami taktau pun Abah pun sakit jugak
lepa tengok Syuhada muntah tu baru abah cakap dia pun rasa tak sihat
asyik muntah-muntah ja
sah la ! memang sebab ikan empurau tu
tak pasal-pasal aku rasa aku sorang ja yang sihat kat rumah tu, hahaha

tapi walaupun Syuhada tak sihat, dia tetap puasa tau ?
semangat la, sebab dia tau hari ni hari terakhir puasa

alhamdulillah, Syuhada dah menang !
tahun pertama puasa Syuhada sangat berjaya
insyaallah, tahun depan puasa penuh lagi ye dik ?
tahun ni tertinggal sehari ja, tapi dimaafkan.. :)

moga-moga Ramadan tahun ni adalah Ramadan terbaik bagi kita
insyaallah..

Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: