BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 9, 2011

Diari Ramadan Syuhada #9

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
dan salam satu Malaysia !

hahaha..

lemau ! lemau ! lemau !

taktau nak tulis apa la malam ni
dah la sibuk dengan percubaan SPM lagi
tapi kalau tak tulis rasa macam tak sah la

ni diari Syuhada
tapi kakak di yang tulis
kalau nak tulis pasal kakak dia, boleh ?
huhuhu..

takmau, takmau, takmau !
kakak Syuhada tak suka publisiti murahan
hahaha..
Syuhada ?
suka kot.. XD

ok, kita mulakan sesi penceritaan hari ni
Syuhada tak pi sekolah !!

ish,ish,ish..
apa nak jadi budak-budak zaman sekarang ni ?
tau kenapa dia tak pi ?
mesti la taktau kan..

sebab semalam dia tido lambat,
pagi tadi bangun sahur pun mata tak boleh bukak sangat
lepas tu nak tido balik lepas sahur
tapi batuk-batuk pulak

masa mama suruh mandi siap-siap pi sekolah
dia pun cakap takmau pi, sebab letih
tu lah, tido AWAL sangat kan..

balik sekolah tadi pun mama jemput
Syuhada pun ikut sama
aku masuk ja kereta Syuhada terus cakap,
"kak Syifa, Syuhada tak pi sekolah hari ni."

cehh, boleh bangga pulak !
tu bukan perkara yang patut dibanggakan okay, adik.
hahaha..

mama cakap Syuhada bangun pukul 1 hari ni,
wahhh!
kenapa tak tunggu waktu berbuka ja baru bangun ?
haisyyy..

nasib baik dia tak sambung tido waktu petang pulak
maknanya petang tadi aku tido sendirian lah, weee~~
hehehe

lepas tu pukul 5 petang kami bertolak ke Jeniang
ambik cucur
sebab mama tak buat hari ni, dia suruh kawan dia tolong buat
mama tak sihat sangat

lepas tu, kami singgah kat bazaar ramadan jeniang
tak besar sangat pun
tapi orang ramai la jugak
nak jalan pun kena himpit-himpit
euww, tak suka keadaan macam tu !

kami kat situ sat ja
tak tahan, rasa sempit sangat,
lepas tu balik la

dalam perjalanan balik baru teringat nasi tak masak lagi
terus telefon anas kat rumah
telefon sampai 6 kali,
sekali pun tak dapat !
geram betul..

sampai ja rumah, terus masuk dapur
masak nasi, bancuh air, susun kuih dalam pinggan
phewww !

lega ja bila dah siap..
hahaha

erm, mintak maaf la,
cerita hari ni tak menarik sangat
sebab tadak cerita menarik pasal Syuhada hari ni
kalau pasal kakak dia ada la,
tapi bulan lain kita cerita, okey !

selamat berpuasa hari yang ke-10 !!
:D

Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: