BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 9, 2011

Diari Ramadan Syuhada #8

kita belajar benda baru setiap hari
ilmu tu luas
kita tak mungkin dapat menguasai semua bidang ilmu pengetahuan

ilmu tu bukan sekadar apa yang kita belajar di sekolah
cara makan, tidur, bercakap,
semua tu ilmu

hari ni Syuhada dah belajar satu benda baru lagi !!

hari ni aku balik sekolah lambat sikit
sebab ada kelas petang
penat benor !!
tapi demi menuntut ilmu yang tiada sempadan, aku rela
ececececeyhh...

disebabkan kelas habis pukul 4 petang
mama pun tak sanggup nak tengok anak dia yang comel ni balik rumah dalam keadaan letih
maka dengan itu, mama pi la jemput aku kat sekolah
Syuhada pun ikut sama
dah la pakai seluar pendek ja tadi !
ish...

sampai ja kat rumah
masing-masing pun dah letih
macam biasa la, rutin harian di bulan puasa
kami bersiap-siap nak tidur

sebelum tidur tu macam2 la kerenah budak kecik ni
main-main sungguh !
kemuncak permainannya ialah apabila beliau membuka mulutnya
lalu dihalakan ke muka aku

perghh !
bau seharum semerbak kasturi lah
pastu aku pun cakap mulut dia busuk

tiba-tiba mama muncul dan cakap
"takpa Syuhada, biar kak Syifa kata mulut adik busuk
tapi di sisi Allah,
mulut orang yang berpuasa ni cukup wangi."

aku senyum ja
Syuhada gelak
sebab dia rasa dia 'menang'

kenapa aku cakap macam tu ?
sebab lepas mama cakap tu
dia tengok aku, gelak-gelak, angkat kening
pastu terus tidur

cehh ! berlagak noh..

Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: