BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 10, 2011

Diari Ramadan Syuhada #10

esok dah mula percubaan SPM !
tapi sambil-sambil menelaah tu, tak salah kan kalau nak main-main sikit
huhuhu..

sebab tu la hari ni tulis menulis awal sikit
lepas ni sambung menelaah pulak
doakan saya berjaya, ya !

okay, meneruskan penceritaan untuk hari ini !!

balik sekolah tadi, Syuhada tunjuk 2 biji pisang
pisang emas kot
cikgu dia bagi masa kat sekolah

pelik kan, cikgu tau Syuhada puasa
tapi bagi jugak pisang tu
dia bagi kat semua murid sebenarnya
tapi rasanya tak sepatutnya budak-budak yang puasa pun dapat,kan

normal la, budak-budak
bila dia tengok kawan-kawan dia makan
mesti la tergugat sikit iman tu
pastu boleh pulak cikgu dia cakap
'budak-budak takpa kalau tak puasa'

bila sampai ja rumah
Syuhada pun cerita kat mama
dia cakap macam ni
"tadi semua kawan-kawan makan,
cek ja tak makan"

dengar ayat macam tu kita pun tau
yang sebenarnya Syuhada pun teringin
tapi disebabkan iman yang masih utuh
Syuhada pegang prinsip takmau puasa setengah hari

nasib baik jugak la dia ni 'anak mak' kan
ikut ja apa yang mama suruh
bagus, bagus, bagus..
:D

lepas tu, Syuhada cakap jugak
kawan dia, nama Aisyah,
sebenarnya dia puasa
tapi dah cikgu bagi pisang tadi
dia pun makan
hahaha..

kesian budak tu,
nasib baik la kecik lagi
boleh la kita cakap,
"lupa, takpa.. "

(^_^)

okay la, nak sambung tengok buku jap
esok dah la kertas yang senang lulus,
tapi susah nak dapat gred elok ---> bahasa cina !
hehehe..

wish me luck !!!!!!

Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: