BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 7, 2011

Diari Ramadan Syuhada #7

hoooray !!
dah seminggu kita semua berpuasa
macam2 benda yang dah jadi dalam seminggu ni

ampa, ampa.
kamu, kamu.
korang, korang.
yang tak pernah kenal Syuhada, lepas baca post-post yang lepas
mesti dah kenal dia sikit-sikit kan ?

kali ni, aku bercadang nak kongsikan antara ayat-ayat Syuhada yang bagi aku lawak
tapi tak tau la kalau orang lain tak faham
:D

mulut Syuhada kan memang macam bertih jagung
kalau dengar dia cakap,
semua orang akan terpana dek kepetahannya
hahaha..

sebelum tu, masa buka puasa tadi
sambil buka puasa kami pasang radio
tiba-tiba ada selawat syifa'
Syuhada punya la semangat nak selawat sama
tau macam mana dia selawat ?

"Allahummasolli'alamuhammad
thibbirBULUbiwadawaiha"

Allahuakbar !
pecah gelak kami semua
abah yang tengah suap nasi pun hampir tersedak

masa dia bergaduh dengan abang dia
perang mulut ja la
secara spontannya dia cakap,
"abang tu, mulut jaga sikit nah !"

aku dengan mama dengar ja,
terus jadi macam
"woww, Syuhada bagi amaran kat abang,
tapi sepatutnya amaran tu untuk dia !"
hahaha..

lepas tu tadi masa makan nasi dia ada cerita pasal kawan-kawan kat sekolah
dia cakap kawan baik dia, Minsya, dah jarang duduk dengan dia
Syuhada kata lepas..apa ntah nama budak tu..aku guna A la
duduk tepi Minsya terus Minsya tak cakap dengan Syuhada

aku ingat depa bergaduh la
ish, kecik2 dah pandai bergaduh ka ?
aku suruh dia teruskan penceritaan

Syuhada kata "tadi A duduk tempat Syuhada
pastu dia sembang dengan Minsya
Minsya tak sembang dengan Syuhada la"

aku tanya dia balik
"Syuhada cakap dengan Minsya dulu tak ?"

dia cakap "tak cakap la,
masa tu Syuhada dok kat tempat aidil."

"Aidil dok kat mana ?"

"Aidil dok kat tempat Ikhwan"

"Ikhwan dok mana?"

"Ikhwan tak mai."

=='
kenapa la Syuhada salahkan Minsya ?
gaya dia cakap tu macam Minsya tu elakkan diri ercakap dengan dia
walhal sebenarnya dia yang lari
hahaha..

lagi satu cerita Syuhada :
"kawan2 Syuhada ni ramai tak puasa,
bila cikgu tanya semua kata puasa,
depa tak puasa ni, takmau raya ka ?"

ewah-ewah..
mentang-mentang la dia puasa kan
boleh pulak cakap macam tu kat kawan sendiri
hahaha..

kesimpulannya di sini,
Syuhada dah puasa seminggu penuh !!
yeahhhh~~~ XD

Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: