BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


Monday, August 29, 2011

Diari Ramadan Syuhada #28

rata-rata tempat dah dengar lagu raya
Pekan Sik yang tak jauh dari rumah aku pun dah mula jadi tumpuan
semangat nak raya dalam diri aku pun dah semakin berkobar-kobar ni

aktiviti kami hari ni ialah sambung kemas rumah
aku dikelilingi dengan kain baju ja,
mula-mula aku sidai baju, 3 raga jugak la
banyak kan ? hahaha
lepas habis tu, aku sambung kema bilik aku

ya la, nanti kalau orang mai rumah mesti ada yang nak solat, rehat, dll kan?
aku kena la pastikan bilik tu menjadi tempat strategik dan relevan untuk dijadikan tempat rehat.
dan yang paling penting, tak la malu aku nanti !

Anas dengan kakak hari ni dok kat dapur ja,
tolong potong daging dengan mama
elok la, kami bertukar peranan, semalam kan aku dah terperuk dalam dapur
hari ni depa la pulak

kerja aku relaks sikit, tak tak ! relaks banyak.
sebab kan main dengan kain baju ja.
lepas tu aku bawak keluar semua baju-baju lama yang dah terperosok dalam almari segala
aku ni bukannya jenis tahan habuk
baru mula buat ja, dah bersin
dan terus bersin sampai aku siap lipat semua baju-baju tu.

masa ni jugak la ramai kawan-kawan mak aku yang mai rumah
yang nak ambil kuih,kek,yang mai menyembang,
rasa macam dah raya dah.

aku dalam bilik okay je la
kakak dengan Anas kat luar tu yang kena jaga sikit
orang tak nampak kerja buat aku
depa pulak, kalau buat tak elok, orang tengok apa orang kata
dah la buat kerja dengan benda basah pulak tu

oh ! ni diari Syuhada kan
ni nak cerita pasai Syuhada sikit 2 3 hari ni punya perangai
Ya Allah ! nasib baik bulan puasa
aku memang bersabar lebih sikit la daripada hari biasa
perangai dia memang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata

pantang tegur sikit, buat mulut muncung sedepa
melawak lebih sikit, keluar la muka itik dia
tercuit dia sikit, baru cuit, belum tampar atau bagi dia sakit,
terus nangis !

taktau la nak dikategorikan sebagai manja atau mengada.
kadang-kadang rasa macam nak penyek ja muka dia masa dia tengah merajuk tu
hahaha..

terinagt masa buka puasa,tiba-tiba aku cakap
liver tu hati kan ?
pastu kakak cakap, "ya. tapi kalau livers ?"
aku :"hati yang bayak la."
kakak:"takk..hati-hati lah"

pfftff~ geramnya ! =='

Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: