BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


Saturday, August 27, 2011

Diari Ramadan Syuhada #27

satu, dua, tiga !
operasi pun bermula !!!
bukan Ops Sikap, tapi ni Ops ! rumah kotor la,
hahaha..

operasi bermula pada awal pagi lagi
lepas sahur kami terus, sambung tido dulu, lepas tu baru bangun balik dan mula mencuci, mengilat, membasuh dan sebagainya.
hehehe

kakak dengan Anas bertugas kat ruang tamu semua tu,
aku pulak dah ikat kontrak dengan mama tolong dia buat kek,
Syuhada bertindak sebagai penyeri aktiviti
suka hati dia lah nak buat apa pun.

mula-mula kakak sapu sampah, Anas buang semua sawang, aku pulak buat kek.
lepas tu mama suruh kakak ngan Anas turunkan langsir tu, aku buat kek lagi.
ayat mama kat kakak, "yang ni la perempuan, yang ni jugak la lelaki,
buat kerja untuk dua-dua golongan."
hahaha..

faham maksudnya ?
maksudnya, kan kerja turunkan langsir semua tu ganas sikit
tapi Anas tak buat, kena kakak tolong baru dia buat.
sepatutnya kan Anas buat kakak yang tolong, tapi ni terbalik pulak.
lepas tu, dua-dua insan bergelar darah daging aku ni panjat tingkap !
subhanallah ! tak percaya aku ada kakak macam ni

nasib baik la orang tak nampak
kalau tak memang saham kakak jatuh merudum la !
umpama pesawat Boeing 737 terhempas di lautan Artik
hahaha

aku pulak bersendirian di dapur,
hari ni buat sampai 3 adunan kek, satu adunan boleh 6 atau 7 biji kek
kalau 3 adunan, maknaya kebih kurang 20 biji la kan ?
wahh, bangganya aku dengan aku !
*kalau tak faham ayat aku ni, buat2 faham ja*

sebenarnya, sepanjang operasi ni berjalan,
aku tak perasan pun tentang Syuhada.
bukan tak perasan langsung la, tapi tak berapa ambik tau sangat.
ya la, aku tengah berusaha nak jadi anak dara sejati tuu ! hahaha

lepas dah habiskan adunan yang ketiga dan akhir tu, aku ngan mama pun rehat jap
masa ni la baru aku perasan tentang Syuhada, hehehe..
sebelum tu Anas bukak laptop, facebook la apa lagi
rasanya Syuhada bosan yang teramat sangat kot, dia pun kacau abang dia tu
Syuhada nak suruh ajar dia main komputer la, tapi abang dia tak layan
terus Syuhada merajuk

Anas hangat ngan Syuhada terus tinggal laptop macam tu ja,
aku pun terus sambung la ! hahaha
Syuhada nak suruh aku ajar dia la, tapi mama suruh dia tido pulak
aku pun janji dengan dia lepas bangun tido nanti aku ajar dia

tapi malangnya, lepas bangun tido tu kami terus keluar
kami pi bazaar, pi rumah mak long..
walaupun hujan, tapi 2 3 hari ni kami dah biasa mandi hujan, hahaha..

malam pulak, satu keluarga lepak-lepak kat ruang tamu
lepas tu baru perasan, rumah yang kami kemaskan sepanjang hari tadi,
dah bersepah balik.. =='

Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: