BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 26, 2011

Diari Ramadan Syuhada #26

hari yang sangat meletihkan !
tu la perkara pertama yang terlintas dalam fikiran masa bukak laptop tadi
aku baru ja sampai rumah, terus bukak laptop
ingat nak tulis cepat-cepat, lepas tu terus tido ja.

hari ni kan kakak balik, maknanya kami pi jemput dia la tadi
dia balik naik bas, kami jemput kat Gurun
lepas Anas balik dari masjid ja terus kami pi
takut sesak, tu yang pi awal sikit.

sebelum tu sempat la pi men-servis kereta dulu
kat situ saja pun dah habis beratus-ratus ringgit
haisyy~ duit..duit...
datang dikau umpama angin, pergi dikau umpama air.
hahaha..

kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi tanpa menghiraukan duit yang telah mengalir keluar itu, tak mampu nak kata apa-apa
hahaha..
sampai dalam pekan Gurun,trafik bergerak perlahan !

cehh ! pekan koboi cam ni pun nak sesak ka ?
masa tu baru pukul 4, awal lagi..
mama pun cadang nak singgah Aneka jap, tengok-tengok baju
tapi simpang depan Aneka tu la yang sesak teruk
kami tersekat dalam kesesakan tu sejam lebih jugak la
alih-alih terus tak jadi singgah Aneka
malas ah nak tunggu !

lepas tu kami terus g tempat yang nak tunggu kakak tu, kat RnR Gurun
walaupun awal lagi, tapi mama nak pi siap-siap
takut kalau lambat nanti sesak lagi teruk pulak

kat RnR tu memang agak lengang la, ada pun beberapa orang kat surau ja la
pastu ada la dua tiga orang India dok makan
aku, mama, Syuhada ngan Anas pun dudk dekat salah satu meja kat situ
taktau nak buat aa, kami sembang2, gelak2, tido....
Syuhada ngan Anas pulak gaduh, gaduh, dan gaduh..

tukang pujuk nya, aku lah.
ada masa tu rasa mcam nak biar ja depa gaduh,
malas dah nak pujuk !
tapi kalau biar ja, lagi terseksa telinga, batin pun ikut sama terseksa.
macam ni baru la betul-betul maaf zahir dan batin.

kami melepak-lepak kat situ sampai pukul 6.30 lebih kurang
lama tu, boring tahap tenuk lah !
Syuhada sibuk nak makan KFC, tu yang kami pi KFC pulak pukul 6.30 tu
nak pesan makanan siap-siap
lepas tu takut kalau nanti orang ramai, tadak tempat duduk pulak

nasib baik kami masuk awal, memang ramai pun yang serbu KFC tu
makanan segera kan, semua orang suka
kakak sampai dalam pukul 7 camtu la
kiranya dia sampai ja, dia pi sembahyang dulu, lepas tu terus buka puasa ja
XD

masa ni mama tanya la Anas, baju dia nak beli bila pulak ?
kalau masuk Aneka tadi memang nak beli baju dia la, tapi dah tak dapat masuk
akhirnya kami mendapat kata sepakat,
beli kat Sik ja lah, senang~~
hahaha..

kakak dah balik ni, esok operasi kemas rumah besar-besaran la !
yeayy, semangat raya semakin membuak-buak.
tapi yang tak syoknya, malam ni aku terpaksa tido bawah la,
Syuhada mesti nak tido dengan kakak,
ya laa, beliau sudah bosan tido dengan saya. :'(

Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: