BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 25, 2011

Diari Ramadan Syuhada #25

Ramadhan berlalu sepantas larian Penagih dikejar Polis, Syawal tiba girang di hati bak menang kes 39B Akta Dadah berbahaya, hati bak seputih Syabu, kasih dihati sewangi ganja. Kami susun jari mohon maaf zahir batin biarpun dosa sekecil ecstacy..

hahaha
ni kata-kata salah seorang kawan aku yang bengong
kawan aku yang bengong ? yang mana satu ?
ada ka kawan aku yang tak bengong ?
tengok dalam facebook tau la sapa yang tulis ni.

semangat betul nak raya kan ? walaupun kena puasa lagi 4 hari baru boleh raya
tak kisah la lagi berapa hari pun, tapi semangat tu memang kena ada la,
kalau tak raya nanti nak makan apa, nak pakai apa, nak buat apa
semua jadi kelam kabut, huhuhu

jom mulakan diari ramadan Syuhada yang ke-25 ni !
perasan tak ? dah 24 hari Syuhada puasa, 24 hari ja la, tinggal sehari, demam..
sikit ja lagi pastu Syuhada pun MENANG !

lepas sekolah tadi mama terus bawak kami pi Sungai Petani
sebab nak pi hantar kek dekat bekas rakan sekerja kakak
aku pi dengan baju sekolah aku ja, sebab mama nak cepat

dah la letih sebab kat sekolah tadi aku berjalan macam pi beraya dah
pastu masa dalam kelas pun aku ngan kawan-kawan sibuk gubah lagu raya,
pastu jalan-jalan keliling sekolah nak kumpul duit raya
tapi sekupang pun tak dapat. sedih !

sekolah aku ada berpuluh-puluh cikgu, tadika Syuhada ada 2 orang cikgu
tapi Syuhada dapat duit raya RM10.
ishh, budak-budak mana boleh pegang duit banyak-banyak la cikgu, bagi la kat kakak dia..
hahaha :D

hari ni budak-budak yang duduk kat asrama semua pakat-pakat balik kampung dah
masa nak pi Sungai Petani tadi memang sesak la jalan raya tu !
aku sempat la tido jugak, memanfaatkan masa yang ada, haha

bali tu pulak kami singgah kat bazaar ramadan Gurun
mula-mula tu hujn renyai, tapi kami turun jugak la, kalau tak berbuka nanti nak makan apa ?
pastu elok-elok tengah membeli ja, hujan lebat !
lepas beli terus berlari masuk dalam kereta, tepi kereta ni semua air dah bertakung dah

tunggu apa lagi, memang basah kuyup, jadi burung puyuh la kami !
dengan kain, baju semua basah, masuh pulak dalam kereta. terbaik lah !
Syuhada kalau tidak duduk kat belakang, tapi dia mai duduk dengan aku
suruh aku peluk dia sebab dia sejuk
habis tu, aku sejuk sapa nak peluk ? wakakakaka

balim rumah tengok Anas dah masak dah sikit-sikit
wahh, kerja makan air tangan Anas ja semenjak dua tiga menjak ni.
habislah kalau dia letak julap ka apa-apa
hahaha..
ishh ! tak baik. bulan puasa kena bersangka baik. XD

Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: