BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 25, 2011

Diari Ramadan Syuhada #24

percubaan dah habis !
hip, hip, hoorey~

tak boleh seronok sangat, baru percubaan
belum SPM betul-betul lagi
okay, tekanan balik.
huhuhu

kalau sepanjang percubaan ni
mama tak berapa nak mintak tolong aku sangat
setiap malam aku terperap dalam bilik,
baca buku sambil main-main sikit

tapi hari ni dah lain sikittt
sikittt je
Anas dah tukar kerja dengan aku
aku ambil alih tempat dia tolong mama
dia pulak mengadap laptop ja

balik sekolah tadi tak tolong lagi la
tido dulu (wajib lah !)
hahaha
ya la, dah beberapa malam aku tido lambat tau ?
tido siang ni kira qhada balik la

Syuhada pun tido siang jugak hari ni
tu pun sebab mama tido sekali
dia kata kalau mama tido seklai barula dia boleh tido

cehh ! banyak songeh betul
tak padan ngan kecik

petang pulak kami pi jeniang
ambik kuih, macam biasa la..
tapi sebelum tu kami singgah bazaar Jeniang dulu
mama nak tambah kuih sikit

Syuhada pulak masatu baru bangun tido
tak bersemangat sangat lagi
terpaksa aku dukung dia
adess ! rasa cam nak patah pinggang

tapi aku dukung sat ja
lepas tu mama pujuk dia suruh jalan
Syuhada pun tak kisah sangat
terus lompat turun ja

dah beli kuih semua tu
terus nak pi rumah Cik Ina la pulak
tiba-tiba dia telefon cakap kuih tak siap lagi
dia suruh kami pi ronda-ronda dulu sementara tunggu dia buat siap kuih tu

persoalannya,
nak pi ronda mana nya kat Jeniang tu ?
kalau ada taman tema ka, pusat karaoke ka, panggung wayang ka,
tak pa la jugak
hahahah

kami pun terus pi rumah dia ja la
sambil tunggu dia goreng semua yang berbaki
mengarut-mengarut la dulu dengan dia
tapi mama ja la ngan mengarut dengan Cik Ina
aku pulak dok bergaduh dengan anak dia yang 6 tahun tu
Syuhada sekdar jadi pemerhati ja
hahaha

dah pukul 6.30 petang baru siap kuih-kuih tu
mama pun memejut kereta dengan kelajuan cahaya la !
dah lambat dah wei oh !

masa kami sampai tu, budak-budak dah dok beratur ambik makanan pun
dengan muka tak malunya aku pi susun kuih-kuih tu
terpaksa la buat muka tak malu,
cuba kalau aku buat malu
budak-budak tu takleh makan la, kan

kami smpai rumah dalam pukul 7 jugak la
tapi makanan, minuman dah terhidang
Anas dah bancuh air, goreng ayam semua..

makan air tangan anak teruna !!
wowww~
air tangan aku ??
belum sampai masa lagi.. hahahaha

Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: