BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 22, 2011

Diari Ramadan Syuhada #22

hari kimia sekolah !
yeay, kami lah bakal-bakal ahli kimia
huhuhu..
semangat sikit, sempoi ja jawab kimia tadi
tambah-tambah kertas tiga
siap boleh tido sampai kebas tangan !

betapa geniusnya kami dalam bidang kimia
tiada siapa yang menyedarinya
hahaha
kami pun tak suka nak menunjuk-nunjuk sangat
okay, cukup la tu sesi menyedapkan hati sendiri
bulan puasa ni tak baik riak kan

hari ni tadak apa-apa yang jadi sangat pun
sama ja macam semalam
cuma hari ni aku banyak bergaduh dengan Syuhada ja
tarik-tarik rambut sebab berebut rancangan televisyen
dia tekup muka aku sampai sesak nafas

selain daripada itu,
rasanya tadak perkara yang menarik jadi
maknanya post kali ni sangat kosong la kan ?
sekali lagi aku mintak maaf
bukan sengaja membosankan blog aku ni
tapi aku agak sibuk dengan percubaan sekarang ni

tapi aku tetap curi-curi masa untuk kemaskini 'teratak' aku ni
ya la, aku dah jatuh cinta dengan dunia blog
walaupun aku tak ramai 'follower'
tapi tu bukan niat utama aku ber-blog ni

aku suka menulis, aku suka mengeksperikan perasaan aku
aku tak reti nk tasirkan dalam bentuk yang lain
kecuali dalam bentuk penulisan

aku tak kisah kalau seseorang tu nak jadi 'follower' aku ke tak
yang penting ialah sapa-sapa yang baca hasil penulisan aku tu puas hati
aku pun automatik akan rasa puas hati !

sedar tak sedar dah 22 hari pun puasa
bulan Ramadan pun ada 29 hari ja
maknanya lagi seminggu dah masuk Syawal pulak
maka Diari Ramadan Syuhada pun terhenti la di situ

tapi insyaallah, dala masa seminggu ni aku akan sentiasa kemaskini
dan terus bercerita pasal Syuhada, si budak kecik lagi
hehhee..

oh ! lagi satu,
22 hb hari lahir aku !!
tapi tahun ni tak samut sangat,
1. sebab dalam bulan puasa
2. sebab tengah percubaan
=)

tapi tak kisah sangat pun
sebab aku terkesan dengan kata-kata Hafiz Hamidun dalam laman Twitter beberapa hari lepas
"semakin bertambah usia, semakin berkurang hayat"

*macam tau-tau ja hari jadi aku dah dekat kan?*
hahaha..
tapi betul la kata-kata tu
dah jadi adat kita, kalau hari jadi ja kena buat majlis besar-besar
nak sambut apa sebenarnya ?

sepatutnya hari ni kita kena bersyukur
alhamdulillah, Allah beri kita kesempatan untuk terus hidup di muka bumi-Nya
Allah bagi kita peluang untuk terus beribadat

hurmm..dah jauh terpesong dari tajuk yang sebenar ni
sekali sekala berubah angin kan ?
huhuhu..

selamat hari-hari ! =)

Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: