dah hari ke 20++ puasa
tak lama lagi dah nak raya la,kan ?
ishh..cepat betul masa berlalu
disebabkan tu jugak la hari ni kami buat operasi besar-besaran !
er..tak besar sangat sebenarnya kot,
operasi sederhana ja..
hehehe..
hari ni pagi-pagi lagi mama dah suruh bangun
baru ja ingat nak bangun lambat sikit sebab cuti,huhu..
mama suruh kami mneyimpan rumah la
dah bersepah sangat
kan semalam mama dah bawak kami keluar
hari ni giliran kami buat sesuatu kat mama la pulak ;)
Anas awal-awal lagi dah keluar rumah
bukan keluar terus la,dok depan tu ja
cuci kereta
hahaha..
aku sapu sampah, basuh baju, kemaskan ruang tamu
lepas siap semua tu, kami mula buat kerja yang paling kami suka
buat kuih ! yeayyyy~
ni memang aktiviti tahunan
kalau bukan untuk jual pun kami akan simpan untuk kami kat rumah la
hari ni kami buat almond london dengan biskut kristal
macam-macam saiz ada,
yang tangan terketar-ketar tu buat kecil ja,
yang terlebih pandai lak buat besar
bukan terlebih pandai sebenarnya tu
tapi sebab nak bagi tepung cepat habis
tepung cepat habis, kerja pun cepat siap, boleh la rehat awal,
hahaha..apa punya pemikiran la macam tu
memang tak dapat dinafikan
letih jugak buat kuih raya ni
sakit habis pinggang ni lepas buat semua tu
rasa macam nak baring kat lantai dapur tu ja
hahaha..
Syuhada pulak tak habis-habis buat perangau hari ni
dua tiga hari ni selalu emosi,
taktau kenapa
petang tadi dia merajuk sebab dia kata semua orang takmau sembang dengan dia
walhal masa tu semua orang dok kat ruang tamu,
tengah rehat..
dia pun tengah buat kerja sendiri
orang pun malas la nak kacau dia
aku cuba la nak pujuk Syuhada
aku pi dekat, dia lari lagi jauh
eceh, macam buat cerita Hindustan la pulak !
hahaha..
tapi aku biar ja dia lepas malas dah nak pujuk
orang nak buat baik, dia jual mahal pulak
huhhh !
lepas buka puasa kami sambung buat kuih lagi
malam ni punya kerja, salut almond london dengan coklat
kerja-kerja ni bagi Yang buat
Yang, adik angkat aku la..
aku dengan Syuhada tabur badam pastu susun ja
(Syuhada kalut nak tolong, alih2 tinggal aku ja)
mama memang kalau boleh tak mau Syuhada tolong sangat
budak-budak kan, kalau orang tengok tak syok la
dalam pukul 11.30 baru kami buat siap semua kuih-kuih tu
puas hati la dengan hasil kerja kami !
hehehe..
walaupun agak buruk, tapi kami buat sendiri okay ?
:D
kesimpulannya, kita memang akan rasa puas hati dengan semua usaha kita.
berjaya atau gagal, tu belakang kira
asalkan kita dah usaha dan berani tanggung risiko..
(^_^)
0 Kepochi:
Post a Comment