BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


Saturday, August 20, 2011

Diari Ramadan Syuhada #19

hari ni lambat sikit nak post,
ni pun tulis lepas sahur hari yang ke-20
sebab semalam letih sangat
tak larat la nak menaip dah
hahaha..

biasa la, sebelum sampai 10 malam terakhir ni,
kami pi la merayau puas-puas dulu
huhuhu..
semalam abah cakap dia tak buka puasa kat rumah
terus mama simpan habis semua ayam, ikan..
hahaha..

mula-mula nak pi Giant, lepas tu Tesco, lepas tu tukar pi Village Mall
bincang punya bincang, pi Tesco ja la senang
memang jiwa kami dah Tesco tu, huhu

sekarang ni musim hujan, kot.
setiap hari hujan
dalam perjalanan pi Tesco tu pun hujan jugak
tapi nasib baik tak lebat
kalau tak kena la mama memandu secara berhemah lagi

kami sampai kat Tesco pun dah pukul 6 lebih dah
lepas tu kami masuk Rasamas (our favourite!)
hehehe..
pesan siap-siap la makanan semua tu, takut nanti penuh pulak

sementara tunggu nak buka puasa tu,kami pun pi jalan-jalan
mama kata nak beli barangan kuih
tapi takdak
kami pun beli la barang-barang lain
huhuhu

lagi 15 minit nak buka puasa
kami pun balik ke restoran tadi
nasib baik kami pesan siap-siap
kami pi sana ja, dah penuh restoran tu !

sekali lagi, orang terkejut sebab meja kami penuh dengan makanan
kami ada 5 orang ja, tapi makan tu macam untuk 8 orang
hehe, nak buat macam mana
kami semua ni memang tangki besar sikit.. :D

tak kisah la makanan banyak sangat ke tak
sebab habis jugak semua makanan tu,
hahaha..


lepas makan aku pun nak pi sembahyang la
awal-awal lagi dah agak dah mesti ramai orang
tapi aku pi jugak la, tunggu la kan..
kat surau laki tak ramai sangat,laki pun sembahyang sat ja kan
kat surau perempuan ni, mak aih !
bukan setakat tunggu, nak masuk pun tak boleh !

yang dok tunggu kat luar pun beratur bukan main panjang lagi
aku pun terus pi balik kat mama la
mama kata nak terus balik ja, sembahyang kat rumah la
terpaksa la, nak tunggu tu,taktau kena berapa jam pulak

sementara tunggu Anas keluar surau tu,
kami tengok persembahan raya kat situ
ada la 2 orang yang nyanyi,
satu kumpulan perempuan yang menari
aku ni jenis yang tak berapa gemar sangat bab-bab tarian ni
tambah-tambah kalau jenis yang tayang badan ja lebih

tapi dah Syuhada nak tunggu kat situ, tunggu la sat..
aku tengok depa menari, aku yang malu !
laki kiri kanan dok tengok depa, depa tak rasa apa-apa ka?
eeeuuuuwwwww...

ada satu keluarga ni, mak dia ja yang pusing tengok
anak laki dia, laki dia semua tak pusing langsung
hahaha..
bagus betul mereka-mereka itu

Anas pun agak lambat jugak,
kami sempat la tengok beberapa kali depa menari baru dia mai
lepas tu terus balik la
nak tunggu apa lagi kan, maghrib pun dak lagi
huhuhu..

moral of the story :
dalam banyak-banyak seni persembahan,
tarian la yang paling aku tak suka !
(tapi kalau breakdance aku sula la)
yang boleh buatkan laki cair tengok kita, yang 'menggiurkan' dan yang sewaktu dengannya,
tolonglah elakkan ! okay ?
(^_^)

Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: