BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 2, 2011

Diari Ramadan Syuhada #2

hari ni hari selasa
sepatutnya kami pi sekolah

tengok !
aku guna perkataan 'sepatutnya'
maksudnya kami tak pi laa..huhu

sebenarnya lepas sahur tadi, aku dah mandi
dah siap2 pakai baju sekolah pun
pastu tengok adik laki aku yang dah berumur 15 TAHUN tu
yang dah nak ambik PMR
yang tak sedar diri lagi tu
sedap2 tido lagi

adik perempuan aku, si Syuhada pun
dari semalam lagi dah cakap takmau pi sekolah
tengok pulak abang dia tak bangun2
dia pun liat laa

pastu mama cakap dia malas la nak hantar aku pi sekolah
alang2 nak hantar aku sorang ja
mama suruh aku pi jalan kaki

are you kidding ???

dah berapa hari aku sakit kaki tau
suruh aku jalan kaki pi sekolah sama ja macam kata
"tak payah pi sekolah la,"

hahahaha

dah la iman aku memang tergugat dah
aku pun naik katil dan tarik selimut
huhuhu

berbalik kepada tajuk utama,
hari ni Syuhada kuat !!!
tepuk, tepuk, tepuk,
tepuk tangan...

pagi tadi dia tak bangun awal sangat
pukul 10 dekat pukul 11 baru bangun
pastu dia 'tolong' mama buat karipap
aku pun terlibat sama la
Syuhada kat tepi ja, buat karipap versi Syuhada.. :D

lepas buat cucur semua tu
Syuhada pun duduk dengan abang dia tengok video
video apa ntah la
hanya mereka yang tahu
hahaha

pukul 2, mama paksa dia tido
sebab takmau dia letih la
puas paksa, pukul 3.30 kot baru dia tido
seperti biasa, aku lah peneman sejatinya !!!

dia bangun lebih awal daripada aku
lepas tu terus tanya pasal upin dan ipin
pukul 5.30 baru ada upin dan ipin kan..
waktu tu baru pukul 4 lebih

sementara tuggu tu, aku pi mandi
Syuhada pulak melukis la, main la, dll..
lepas tengok upin ipin
mama ajak kami pi hantar cucur,
tapi aku takmau ikut, nak tengok drama cina
huhuhu..

Syuhada melompat kegirangan
[dia memang gila jalan-jalan]
disebabkan aku tak ikut sama, aku taktau la apa yang dia buat

depa sampai umah,aku dah bancuh air semua
tinggal nak masukkan ais kiub ja
masa ni abah pun ada kat rumah
tapi belum sampai masa nak berbuka la

Syuhada pujuk abah bawa dia keluar
*keluar lagi ??*
taktau kenapa, hiperaktif sungguh dia hari ni

depa balik dah pukul 7 lebih dah
lebih kurang lagi 20 minit nak masuk waktu berbuka la
Syuhada dah melilau masuk dapur
tanya bila boleh makan
hahaha

masa berbuka paling lawak
Syuhada hiperaktif sangat hari ni
jadi dia kehilangan banyak air dalam badan (kot!)
masa berbuka, ada 3 biji gelas kat tepi dia
Syuhada minum air milo, jus oren dan jus epal

wowwwww...
hahaha..

lepas berbuka tadi aku sempat tanya Syuhada
kenapa hari ni kuat sangat,
makan ka tadi ?
dia cakap "makan, time sahur tadi"
hahaha
pastu dia sambung
"hari ni Syuhada kuat la, sebab semalam Syuhada 'tak kenal' lagi bulan puasa,
hari ni Syuhada kenal dah.."

kadang2 hairan jugak
budak sekecil Syuhada dah sanggup tahan lapar, berpuasa
ada pulak golongan dewasa, yang dah ada pemikiran yang waras,
sanggup curi2 makan waktu siang ?
ish, ish, ish..
(^_^)

Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: