BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 1, 2011

Diari Ramadan Syuhada #1

~assalamualaikum~
tak sabar2 nak menulis malam ni

tengok tajuk atas pun dah taw kan nak tulis pasal apa ?

mesti la pasal budak kecik kesayangan hamba !!!

hari ni hari pertama Syuhada puasa, taw ?
mama kata sebenarnya kalau bandingkan kami 3 beradik dengan Syuhada
memang Syuhada agak lambat la
sebab kami umur 4 tahun dah mula puasa
Syuhada pulak, 5 tahun baru puasa..

tak pa la, sekurang-kurangnya dia nak cuba kan..
pagi tadi masa sahur dia makan tak banyak sangat pun
tak biasa kan
tapi kami paksa dia jugak,takut letih

lepas solat subuh ja dia sambung tido balik
lepas tu pukul 9 dia dh bangun balik
antara soalan2 terawal yang diajukan :
"mama,kalau puasa boleh korek hidung tak ?"
"mama,kalau puasaboleh korek telinga tak ?"
"mama, kalau puasa boleh kencing tak ?"

alahai...
semua benda dia ingat tak boleh buat
aku takmau bagi dia rasa letih hari ni
maka dengan itu, kami menghabiskan banyak masa di depan laptop
aku ajar dia cara2 nak menaip

rasa macam menyesal gak sikit
sebab adik aku cepat belajar
sampai takdak masa untuk aku langsung
asyik dia ja nak taip

lepas penat menaip, mama suruh dia tido
nasib baik dia tak sebut langsung perkataan lapar
huhuhu..
pukul 2 cam tu la, dia pun tido kat ruang tamu tu

sapa yang teman kan ?
aku lah.. !!
:D

lepas bangun,dia terus pi mandi
lepas tu aku tolong mama buat cucur untuk asrama maktab mahmud tu
waktu ni muka Syuhada dah pucat
selalunya dia tolong buat cucur,tapi tadi dia diam ja..

kami,kalau boleh, nak Syuhada puasa penuh
kami tak sebut langsung pasal makanan
Syuhada pun walaupun pucat tapi still kuat semangat tau !

lepas hantar cucur kat asrama,
kami gi jalan2 kat bazaar ramadan
mula2 aku mintak nak dukung dia, tapi dia cakap nak jalan
aku pun bagi dia jalan

sampai ja kat bazaar,dia cakap dah letih
terpaksa la aku dukung dia di celah-celah keramaian orang
tapi alang2 dah pukul 6.30 pun waktu tu
mama kata,biar la dia letih macam mana pun
kena suruh dia puasa penuh jugak

sebenarnya, mama memang tak pernah guna istilah puasa separuh hari
kami dulu pun hari pertama dah puasa penuh
Syuhada pun tak terkecuali lah ye.. ;)

masa buka puasa tadi semua senyum ja..
bagi semangat kat Syuhada
mesti dia hairan kan, kenapa semua orang tengok dia ?
hahaha..

aku cuba tanya dia lagi,
esok nak puasa tak ?
jawapan yang aku terima :
"mesti la nak puasa, kita kena la puasa,
kalau kita puasa, Allah sayang kita,
kalau tak puasa, Allah tak sayang kita. "

subhanallah..
alhamdulillah, pada usia 5 tahun
Syuhada dah pandai dan nak menjalankan perintahNya..
(^_^)

Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: