BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 17, 2011

Diari Ramadan Syuhada #17

baru sampai rumah !
balik-balik ja terus bukak laptop n blogger
sebab rasa tak sabar nak menulis pulak
hahaha

tu la..
hari ni periksa tak banyak tulis sangat,
matematik kena kira ja, lepas tu pendidikan Islam
memang la kena tulis, tapi tak banyak sangat

takmau tanya ka baru balik dari mana ?
hehehe..
sebenarnya tadi kami pi Harvard Hotel
ada majlis buka puasa
ni geng rukun tetangga punya

aku ingatkan esok, rupanya hari ni
dah la esok periksa kertas biology
memang dah PAKAR dah la !
hahahaha

pukul 5.30 petang tadi kami bertolak dah
dah la hujan lebat petang tadi
alat pendingin hawa *wahh* dalam kereta pulak dh rosak

mama bawak kereta tadi pun berhemah ja
dengan keadaan cermin yang kabur sebab berwap
ditambahkan dengan hujan yang lebat
memang tak pernah tengok mama bawak pelan macam tadi

sampai kat depan hotel tu
kami ikut ja sebuah kereta ni
pastu kereta tu pi jalan nak mauk hotel tu punya restoran
majlis kami bukan kat restoran dia
jenuh dok mencari la mana nak pi

dah la kami sorang pun tak penah masuk Harvard Hotel tu
masa darjah 4 aku pernah la ada kem motivasi kat situ
tapi tu dah 7 tahun dah
masa tu apa pun taktau lagi
hahaha

mama pun telefon kawan dia
tanya punya tanya, kami pun tunggu la kat depan tempat golf ka benda pa taktau
tunggu kawan mama sampai, baru kami masuk
hahaha

kami dok semeja 10 orang, cukup-cukup
duduk ja, tak tunggu lama, terus pi ambil makanan
walaupun masa tu awal lagi,huhu
yang ada ni semua perut tong
dah ambil makanan dah baru perasan
meja kami penuh ! sampai tadak ruang nak letak benda lain
makanan ja yang ada

sapa-sapa yang masuk lepas tu semua terkejut tengok meja kami
hahaha..
tapi depa mesti lagi terkejut bila tengok semua makanan tu habis !
kami siap tambah lagi
tak baik membazir kan, amalan syaitan
[ayat Syuhada]

oh ! Syuhada makan 2 mangkuk ais kacang tadi
perrggghhh, makan ka melantak ?
aku pulak makan nasi sepinggan, buah tembikai ngan cucur ja
tak reti aku nak makan mewah-mewah ni
hahaha

untung sapa jadi laki aku nanti,kan
aku tak reti makan mewah-mewah
jimat sikit, :D
*mengarut ja lebih*

Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: