BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 16, 2011

Diari Ramadan Syuhada #16

Sejarah kertas 2, pendidikan Islam kertas 1
seksa jiwa dan raga masa jawab Sejarah tadi !
sebab tajuk yang langsung aku tak fokus tu yang nak masuk sangat tu
geram la..
masuk la tajuk yang susah-susah sikit, yang aku dah bersengkang mata dok baca
haisyyy

harap maaf
emosi terganggu seketika

sebenarnya aku agak malas dah nak cerita pasai Syuhada ni
bukan sebba tadak cerita,
tapi sebab aku sibuk dengan pelajaran aku la
aku bukannya pelajar cemerlang
kena selalu bukak buku, kalau tak apa aku nak jawab dalam dewan nanti ?

tapi sebab dah ada orang yang jadi pembaca setia diari Syuhada
takkan la nak menghampakan hati dia pula kan
aku sanggup korbankna maa setengah jam semalam untuk kemaskini blog ni
baik kan aku ?
hahaha..

pendahuluan yang agak panjang kan ?
ni terus masuk isi
pagi tadi kami terlewat bangun sahur
terlewat, bukan tak bangun
mama tak sempat nak masak apa-apa
goreng telur ja la

lepas makan tu macam biasa, sambung tido sat
bangun tido nak pi sekolah
mula-mula Syuhada cakap takmau pi sekolah
pastu aku pun kata okay ja la,
suruh dia tido balik, nanti aku cakap kat mama

tiba-tiba dia bangun balik
dengan muka yang sangat ceria cakap nak pi sekolah
ai, ada apa-apa ka ni ha ?
biar la, janji dia nak pi sekolah

baliksekolah tadi kami terus pi stesen minyak Esso
depa ada buat cabutan bertuah lepas tu kami la yang bertuah
sebenarnya kena pi pagi
tapi sebab Syuhada nak ikut, terpaksa pi petang
ambik hamper tu terus balik la
takkan nak tunggu minum kopi secawan dulu pulak kan

hahahaha

petang tadi pulak mama buat sejenis kuih saja
lagi sejenis dia suruh kawan dia buat
sebelum pi hantar kuih tu
kami pi la jeniang dulu amik kuih tu kan

Syuhada pulak buat perabih beras ja
ikut, tapi tido ja dalam kereta
dah sampai rumah baru dia jaga
sama ja la macam dia tak pi

hairan jugak, 2 3 hari ni dia selalu tido lewat petang
makruh puasa woah !
tapi tak cakap pun la kat dia yang tido lewat petang tu makruh
nanti dia tanya makruh tu apa, kita terang
pastu dok nganga pulak kat situ

lebih baik cakap kat dia
tak baik tido lewat petang
:D

pfftff~~
memang tak berapa nak ghairah la menulis hari ni
mintak maaf ye, cerita yang sepatutnya menarik tapi diolah dalam bentuk yang tak menarik
lain kali aku akan cuba tulis masa aku tak sibuk pulak
Insyaallah.. :)

Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: