BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 14, 2011

Diari Ramadan Syuhada #14

hari ke 14 !
sat ja rasa kan,
tak lama lagi Ramadan dah pun nak tinggalkan kita
sementara masih ada baki beberapa hari ni
lebih baik kita manfaatkan
banyakkan beribadat :)

hari ke 14 macam hari pertama balik untuk Syuhada
sebab semalam kan dia tak puasa
hari ni puasa balik dia jadi letih balik la
tapi hari ni dia tak pi sekolah sebab tak sihat lagi

kalau bulan puasa ni
setiap hari mama akan jemput balik dari sekolah
tapi hari ni mama tak jemput pun
aku ingat mesti sebab Syuhada tido kot

aku pun balik la jalan sorang
dekat-dekat sampai rumah dah tak jalan sorang dah
Anas ngan kawan-kawan ada kat belakang
hehehe..

sampai kat rumah baru tau
mama tak pi jemput tu sebab dia lupa kami balik awal hari ni
hahaha, apa lah !

walaupun Syuhada letih, petang tadi dia tido sat ja
sebab dia tengok cerita mami jarum dulu
hahaha
dah habis baru dia tido, dalam pukul 4 kot
pastu pukul 5 jaga dah

dia tak berganjak langsung daripada tempat dia tido tu
dok kat situ, tengok tv ja
sekali dengan abah
aku pulak tolong-tolong mama kat dapur

lepas dah siap semua cucur
siap-siap nak g hantar
baru perasan Syuhada dah tertido balik pun
aku ngan mama pun terus nak p ja la
takkan nak gerak dia pulak kan

mama baru ja hidupkan enjin
Syuhada dah jaga sebab dengar bunyi enjin kereta la
terpaksa la kami bawak dia sekali

dia ikut kami pun bukan dia buat apa
duduk senyap-senyap dalam kereta
nak jalan pun dia tak larat

teringat balik masa hari pertama dia puasa
macam ni la keadaan dia
serupa
cuma kali ni dia tak mintak nak makan macam-macam la
nasib baik....
huhuhu

errr,,urmmm..
sebenarnya ada benda nak tulis ni
tapi lupa la benda apa
ish, ni la masalah budak-budak zaman sekarang kan

betul la kata Tun Dr Mahathir satu ketika dahulu
Melayu mudah lupa !
huhuhu
almaklumlah, dari petang tadi lagi dok buat draf nak tulis apa malam ni
hehehe

kalau macam ni, terpaksa la tangguh dulu cerita tu ye
jumpa lag di post yang akan datang !
*cehh, bajet buat ranangan TV lak*
:P

Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: