BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 13, 2011

Diari Ramadan Syuhada #13

berita tergempar !
perhatian semua !!
sini ada satu pengumuman
penting, dan wajib tahu !

hari ni Syuhada tak sihat
dia penat
err, bukan penat yang letih tu okay, penat yang asma tu
ya, bukan asmaul husna jugak
isyyy..

*buat main-main pulak*

kesian Syuhada kan
pagi tadi kami sengaja tak kejut dia bangun tido,
kesian dengar dia bernafas
tersekat-sekat

dia bangun ja mama terus suruh dia makan nasi dulu
tapi dia takmau, sebab nak puasa
hisy, sakit pun nak puasa lagi ?
masa tu aku kat luar rumah, tengah sidai baju

tiba-tiba dia lari keluar rumah
dia cari aku la
lepas dia sampai depan aku, dia buka mulut
baru aku tau, dia nak cakap yang dia tak puasa rupanya.. =='

mama pun bawak Syuhada pi hospital
aku pun ikut sekali la,
tapi masa tunggu tu Ya Allah ! bosan benor !!
ingat nak jalan pi rumah kawan aku ja
tapi tak tau dia duduk blok mana
terpaksa la tunggu jugak

balik daripada hospital, singgah kedai jap
nak beli alat tulis sikit
tapi hampa (hampeh !)
barang yang aku nak tu satu pun tadak kat sik ni !
amboi, PEKAN sik pun tadak ??

disebabkan esok dah nak guna,
terpaksa jugak la kami terus ke Gurun

kat situ lagi terseksa hidupku
Syuhada guna alasan sakit, takmau berjalan
sebagai anak yang baik, takkan aku tergmak nak suruh mama dukung ?
kan...

belum sempat membeli lagi, Syuhada mengadu sakit perut
nak masuk tandas
terpaksa la aku berlari bawak dia ke tandas
haisy, macam-macam lah !

lepas tu aku terus dukung dia sampai la kami balik
nasib baik la kami tak lama sangat kat situ
dalam perjalanan balik, kami singgah rumah kawan mama sat
sat ja, lepas tu balik la..

oh ! tak balik lagi
kami singgah bazaar dulu, beli dadih
[ tiba-tiba teringin ]
kat sini pun aku kena dukung Syuhada jugak
fuhh ! boleh ramping sebelah pinggang ni

balik rumah ja, tengok lauk dah tersedia
abah masak dengan Anas !
woww, menakjubkan..
hahaha

hari ni memang agak 'panas' sebab kena dukung Syuhada hampir setiap masa
tapi 'sejuk' balik lepas dapat makan masakan jejaka-jejaka di dalam rumah kami
bukan senang nak dapat tau !
(^_^)

Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: