BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 12, 2011

Diari Ramadan Syuhada #12

alhamdulillah
dah 12 hari kita puasa,kan ?
dah hampir setengah bulan dah pun
manfaatkan tak hari-hari ni ?
*soalan cepu emas, perak, dan gangsa*

dalam 12 hari puasa ni
rasanya hari ni hari yang paling 'gila' sekali !
semua jadi tak ketahuan
hahaha

mula-mula pagi tadi aku ngan Anas kena pi sekolah
Anas ada tusyen, aku ada teknik menjawab fizik
pi masa yang tak sama
tapi balik masa yang sama

aku sampai kat rumah tadi
Syuhada sambut kepulangan aku
masa tu dah pukul 12 lebih dah
dia masih lagi pakai baju tidur
ish3x..
apa nak jadi ni ?

aku terus masuk bilik
badan rasa letih benor !
walaupun aku bukannya berlari pun tadi
dok atas kerusi, dengar penceramah tu cakap
tu ja..

mama suruh aku sidai baju, pastu aku cakap petang baru nak sidai
tapi mama suruh jugak buat sikit
aku pun buat sikit ja la, pastu masuk bilik
pukul 2 baru Syuhada mandi 'pagi'
pagi la sangat kan..

lepas sembahyang semua, kami pun tido
tido hari ni memang aku tak niat pun nak bangun pukul berapa
alih2 pukul 5.30 baru bangun !
hahaha

lepas tu aku terus sembahyang dan siap2 tunggu depan tv
hari ni drama cina tu episod akhir dah
:D
drama tu habis pukul 7, tapi mama sanggup tunggu jugak
tau pulak hari ni abah tak buka puasa kat rumah lagi
lagi la kami tangguh-tangguh
tunggu dah habis baru kami keluar beli ais kiub

pukul 7 baru keluar pi stesen minyak
beli ais kiub kat situ,ada jugak la barangan tambahan
lepas tu mama boleh buat gila
dia keluarkan semua duit syiling yang ada dalam beg duit dia
kira satu-satu
ayyoookkk,dah la lambat dah

lepas 10minit baru kami keluar dari stesen minyak tu
mama tengok jam, dia boleh cakap awal lagi
pastu mama singgah pulak kat bazaar ramadan
sampai kat situ, boleh pulak buat hairan sebab pa tak ramai orang
hahaha

kami beli murtabak ja pun
lepas tu balik la
hehehe

biasanya pukul 7.15 semua makanan dah terhidang atas meja
tunggu azan ja
tapi tadi pukul 7.15 baru sampai rumah
lepas tu terus lari-lari masuk rumah
memang lawak la masa ni
semua kelam kabut ! tapi tetap senyum jugak

nasib baik la sebelum keluar tu dah bancuh air siap-siap
tinggal boh ais ja
lepas dah boh ais semua, ada la lagi 6 minit nak buka puasa
maknanya cepat jugak la kami bekerja kan ?
huhuhu..

nasib baik abah takdak
kalau tak mesti dah kena marah
kami pun, dah tau abah takdak tu la baru berani singgah bazaar tadi
(^_^)

Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: