BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 11, 2011

Diari Ramadan Syuhada #11

hari pertama percubaan,
erm..taktau nak cakap macam mana
soalan tadi agak susah, pastu banyak yang jawab ikut sedap ja
hahaha
tapi kertas satu, karangan, boleh tahan la. :)

hari ni mama kata dia agak bengang dengan orang sekeliling
yang tak percaya Syuhada puasa
tadi ada seorang kawan mama mai rumah
pastu macam mana ntah
boleh tercakap pasal Syuhada puasa

mama cakap la yang Syuhada puasa penuh,
tak tinggal lagi
boleh pulak makcik tu cakap
"ish..takkan kot.. curi minum air kot,"

ish.. makcik tu seorang ibu,
juga seorang guru
dia ada 7 orang anak !
takkan dia taktau macam mana nak ajar anak puasa ?

bukan nak kata mama pandai sangat ka apa,
tapi sebagai mak, kena la bagi semangat
memang la budak-budak tak wajib puasa lagi
tapi waktu-waktu macam ni la kena belajar dah
nanti bila dia dah baligh, tak la liat nak beribadat, kan...

pernah sekali abah pun tanya soalan yang sama kat Syuhada
asa tu baru puasa 2,3, hari la
abah tanya, "Syuhada minum air ka?"
pastu Syuhada pun jawab balik
"tak pun.. Syuhada telan air liur ja ni"

hahaha..
agak-agak budak besar ni reti ka nak menipu?
kalau ya pun, menipu benda yang sama ?
mungkinkah ??
haisyy..pemikiran orang zaman sekarang.. ==

ouh, ada lagi satu benda cerita
abah tak bukak puasa kat rumah tadi
dia p majlis buka puasa dengan polis kat mana ntah
kat beris jaya rasanya

pastu abah tak bawak kami pun
eleh, sikit pun kami tak jeles tau !
hahaha..
sebab petang tadi mama dapat panggilan telefon
yang menjemput mama untuk menghadiri satu majlis berbuka puasa minggu depan

yang syoknya, mama tempah tempat untuk kami juga !!
wowww~~ ni yang sayang mama lebih ni
hahaha..

mama pi majlis tu bawah rukun tetangga punya kot
sebab mama ada jawatan jugak la dalam rukun tetangga
kami pulak ?
dalam rumah tangga ja la,,hahaha..
:D

Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: