BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 15, 2011

Happy Teachers' Day

setiap tahun memang excited nak smbut 16th May
sebab hari tu hari guru !!
pelik kan, hari guru, tapi students yang over excited lak

walaupun aku belum habis skolah lagi,
tapi rasanya tahun ni dah final year aku boleh sambut hari guru yang grand kat skolah,
dengan cikgu2, kawan2...

ingat lagi, kalau kat sekolah rendah dulu
time sambutan hari guru ni
setiap kelas kena wat game,
n kena fight dengan cikgu2..

kelas kami selalu ja wat game softball
sebab game tu ja yang kami master pun,,hukhuk

tapi memang tak dapat dinafikan la,
cikgu2 sekolah cina memang sempoi habis !
semua cikgu join sekali,,
memeriahkan sambutan..huhuhu

nak tengok cikgu kami yang paling sporting ?


ni la dia !
cikgu Chang Poh Woon
penah ajar kami chinese ngan math
antara cikgu yang digeruni la jugak
tapi time kami darjah 6 memang rapat gila tapir ahh !

pic kat atas ni diambil semasa beliau menganjurkan ptandingan muka paling hodoh dalam kela kami
aku tadak, sebab jadi photographer
[ n tak layak masuk sbab cute sgt ]
hahaha..

lepas tu masuk pulak sekolah menengah..
cikgu2 kat sini pun boleh tahan sporting gak
sepanjang 4 tahun dok sini
setiap tahun mesti ada acara nyanyian
tak kira la cikgu or anak murid yang menyanyi

yang aku tau kemungkinan esok pun ada lagi acara nyanyian segala mak nenek tu
tahun lepas punya event cikgu shahidah punya performance la paling gempak kot !
ditambahkan pula dengan Ehsan yang meng-imitiate Sam Bunkface,, hahaha

pastu acara wajib sambutan hari guru ialah --
SUKANEKA !!
tahun lepas yang aku ingat memang penat la aku berlari
bukan sebab join sukaneka tu,
tapi sebab sibuk kejar cikgu nak amik gambar
hehehe

esok punya sambutan pun diharpkan agak gempak dan gilang-gemilang macam selalu la
tapi rasanya ramai yang akan skip school kot
sebab nak study kat umah,, XD

apa-apapun, hari guru bukannya tentang sambutannya saja
dah nama pun hari guru
hari ni la hari yang sepatutnya kita berikan penghargaan kpada cikgu2 kta
hari2 lain pun kena jugak,
tapi dah spesifikkan hari ni, ikut ja la..

hehehe..

always remember this :
kalau tadak cikgu, engineer pun tadak
kalau tadak cikgu, tadak la doctor
kalau tadak cikgu, pikir la sendiri ! (^^,)


Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: