BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 27, 2012

Life is short :)

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Kabare ? Muehehehe.
So hari ni aku agak free, bangun pagi lepas hantar Syuhada sekolah terus keluar dengan mama, pegi kedai tu, kedai ni, beli macam-macam barang, lepas tu singgah kedai chik minum air jap, then jemput Syuhada kat sekolah, pegi pekan balik sebab terlupa beli udang pastu balik rumah.

Hahahaha. Free kan ?
Free la lagi, petang baru nak start masak, esok pagi-pagi orang tempah nasi lemak la, lontong la, macam-macam.
Alhamdulillah, rezeki tak putus-putus.

Dah tengok post lepas ?
Teruk kan. Tak la teruk sangat sebenarnya, tapi tipu la kalau aku cakap aku tak frust.
Sebab tak sampai apa yang aku target, tapi mama cakap bersyukur la, Allah dah tetapkan banyak tu ja rezeki aku ;)

So, back to the topic.
Yes, life is short ! And we have no idea how short it could be.
Kita semua tau, mati itu pasti, tapi kita taktau bila dan bagaimana kita akan mati.

Tau tak kenapa Allah rahsiakan waktu kematian kita ?
Aku pernah dengar sorang ustaz cakap, kalau kita tau bila kita akan mati, mesti tak ada yang masuk neraka.
Cuba bayangkan, kita tengah buat jahat lepas tu ada orang tegur.
Kita pun cakap "Eh, aku mati pagi lusa la, tak pa la, malam esok aku taubat la, Allah kan Maha Pengampun."

Pernah dengar tak pepatah Arab yang pemes ni ?
"Bekerjalah seperti kamu akan hidup selamanya,
beribadatlah seperti kamu akan mati keesokan harinya."
Alaa, takkan tak pernah dengar kot kan.
Seriously, aku sangat suka pepatah tu.

Maknanya, kita buat apa-apa pu kena buat dengan bersungguh-sungguh.
Sementara masih hidup ni, gunakan masa yang ada dengan sebaiknya.
Tak semestinya kita kena sentiasa duduk dalam masjid, atas sejadah ja,
kita kena jugak bercampur dengan orang, buat kerja semua tu.
Tu pun bekalan untuk akhirat jugak kan.

Sebenarnya, aku dapat idea nak tulis post ni lepas aku dapat berita kematian kawan aku masa sekolah cina dulu.
Chan Chia Yee namanya, tua setahun dari aku.
So, minggu ni ja dah dua orang kawan aku meninggal dunia.
Lagi seorang Kamal Ariff, muda setahun dari aku.
Tapi aku rapat la jugak dengan dia, one of my favourite juniors :)

Kamal meninggal Rabu lepas, hari aku amik result SPM aku.
Sempat jugak la tegur dia, sembang dua tiga ayat.
Tapi tak lama, sebab aku rush nak cari cikgu semua,
dia pun masa tu tengah get ready untuk pertandingan syarahan.

Balik petang tu, aku dapat call dari mak long aku cakap dia dah tak ada.
Pagi aku gembira, petang tu terus sedih !
Tu la kan, kehendak Allah, Dia boleh rentap kebahagiaan kita macam tu ja.
Allah Maha Mengetahui..

Siapa yang tak sedih kan bila kawan baik meninggal ?
Tapi bila fikir-fikir balik, no point pun aku nak sedih lama-lama.
Dia bukannya pergi mana-mana pun, dia pergi tempat yang kita semua akan pergi jugak suatu hari nanti.

Kita yang hidup ni kena la sentiasa beringat, masa kita mungkin dah dekat.
Mungkin malaikat dah siap sedia nak tarik nyawa kita.
Jom kita kumpul bekalan untuk perjalanan yang jaaaaaaaaauuuuuhhhhh tu ! :)

Writing is my passion. Please enjoy yourselves while reading it. :)

0 Kepochi: